Wednesday, September 14, 2011

Cara Untuk Tukar Perkataan "Read More"



Apabila mendapat comment ini di shoutbox by Armz. So, aku pun mula la menggodeh macam mana lah nak tukar perkataa "Read More" tu kepada "Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh". Aku ingat ke susah la sangat sebab aku dalam mood malas nak cari coding sebenarnya. Walhal ada cara yang lebih mudah nak tukar. Terima kasih satu kali lagi sama Armz. hehehe! 

Pergi kat blog korang, Design -> Edit Blog Post. 


Tukar sahaja perkataan kat situ mengikut kehendak korang. Settle. !



Tuesday, September 13, 2011

Langsir bilik air

Semenjak aku duduk di rumah banglo ini, bilik air aku sahaja boleh meletakkan katil bersaiz king sebanyak tiga biji. Besar tak rumah aku? (haha! aku poyo-poyo je sebenarnya). Aku hanya tinggal di rumah apartment tiga bilik yang terletak di pinggir ibu kota. Tidaklah besar namun selesalah untuk aku sekeluarga tinggal. Itu pun sudah memadai. Apa guna rumah gedabak besar namun sunyi sepi. Contohnya Rumah yang besar milik orang kaya namun masing-masing sibuk dengal hal masing-masing tanpa ada waktu untuk bersama keluarga. "Renung-renungkan dan selamat beramal.",Ustaz kat radio HOT.fm

Okay. dah melalut aku bercerekarama ni. Aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar langsir bilik air. Sangat WIN! okay. Kalau nak tengok mana yang WIN! Sila baca laporan penuh.


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Rambut Bentuk Binatang


"Rambut adalah mahkota wanita" itulah lah slogan bagi salah satu produk shampoo yang ada di pasaran Malaysia kini. Pelbagai fesyen rambut dapat dilihat waktu kini dari potongan pendek dan kemas hinggalah panjang. Itu baru yang perempuan, belum tengok yang lelaki lagi. So, kat bawah ini aku nak share dengan korang fesyen rambut yang dihias-rias menjadi bentuk binatang.

p/s: rambut adalah aurat wanita muslim. (sekadar pesanan, ingat-ingatlah ye)


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Hal Cikgu


"Kamu belajar la rajin-rajin, kalau tak menyesal" itulah yang diungkapkan oleh ramai orang dewasa ketika aku masih di bangku sekolah. Memang benar bila dah masuk universiti mesti tedetik "kalau aku belajar betul-betul dulu mesti aku dapat belajar tempat lagi bagus" atau "Kalau belajar betul-betul mesti dapat biasiswa". Itulah ungkapan biasa yang terluah dari benak pemikiran insan dewasa kini. Namun, segala yang terjadi ada hikmahnya. Jadi pada sesiapa yang dah tersedar diri tu pandai-pandai lah ye. Okay nak kongsi cerita tentang hal cikgu. 


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Monday, September 12, 2011

OK Infographic : The Global Appeal of Angry Birds


Permainan Angry Birds memang menjadi satu fenomena dalam industri smartphone. Terutamanya ketika meletupnya fenomena iphone dahulu. Lalu apps permainan angry birds mula menular ke android dan nokia kini. ternyata angry birds mencetus fenomena tersediri setelah pelabagai barangan mereka dikeluarkan seperti baju, patung, cawan dan pelbagai lagi. Sila klik laporan penuh untuk berita selanjutnya.


Mari Semak Berat Blog/Website Kita.

Sebagai blogger hingusan yang baru nak bertapak dalam bidang blog ini, aku memang memerlukan  kerajinan untuk blogwalking. Bukan setakat blogwalking sahaja tetapi harus disertakan sekali entry-entry baru yang menarik agar dapat menarik followers baru ke blog aku yang amat sederhana dan hingusan ini. Namun aku pun menemui kesukaran ketika blogwalking di mana masih ramai antara bloggers yang mempunyai blog yang amat berat untuk load. Sedih weyh bila aku nak baca entry korang pun tak dapat.(ayat manis. ceyt! ) Walaupun Speed Internet aku adalah seperti di bawah, namun kelembapan blog untuk load menjadi pengahalang untuk aku membaca dan melawat blog-blog di luar sana.

ini je speed internet aku. tak laju pun. 

Antara punca kenapa blog mereka sangat-sangat lah lambat untuk load kerana mereka meletakkan pelbagai widget di blog mereka. Banyak yang aku belajar di mana sebagai blogger, mereka harus memastikan blog mereka kemas dan ringan agar pelawat dapat access sepenuhnya isi blog korang. Jika tidak mereka tanpa segan-silunya memangkah dan berlalu pergi dari blog kita. Okay. kalau korang nak tau load speed korang sesuai ke tak, korang boleh check dekat sini :-

iWebTool - Website Speed Test
Pastikan saiz website korang tidak melebihi 120KB jikalau tidak bye-bye lah. Saiz yang ideal untuk susuk tubuh blog adalah di bawah 100KB. Tapi blog aku gemok sikit lah.


So, kepada korang yang nak check website korang silalah ke iWebTool untuk mengetahui BMI blog anda. So, kalau agak-agak blog korang dah oversize tu pandai-pandai lah kurangkan widget yang tak perlu.


.

Iklan Nike Yang AWESOME


Jenama Nike memang menjadi satu jenama yang tersohor di dunia terutamanya di dalam bidang sukan. Ternyata teknologi yang terdapat pada jenama Nike ini memang terbaik. Dengan rekaan yang simple dan menarik ia mampu menarik pandangan sesiapa sahaja termasuklah mereka yang suka menciplak kasut jenama ini. Walaupun membeli kasut ciplak ternyata keempukkannya tidak dapat menandingi yang asli. Ternyata ASPAL(Asli Tapi Palsu) tetap ketinggalan. Ini aku kongsikan iklan kasut jenama Nike.!


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...