Aku percaya ada antara korang ni jenis yang akan meluangkan masa berjam-jam lamanya di hadapan laptop atau pun komputer dan kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Kalau si kaki blogger memang korang ni kerjanya blogwalkinglah kan. Dan tak kurang juga ada antara korang ni jenis kalau kat facebook tu. duk refresh lah beberapa kali nak tengok ada tak notification baru. Forever alone nya. LOL.! okay. Ini aku ada idea tok korang. apa kata korang buat macam kat bawah ini. berdasarkan watak kartun tu, korang buatlah mimik muka yang sama. amacam? ade beran? nak tengok lagi lain-lain ekspressi boleh klik ke laporan penuh di bawah.
Showing posts with label OK Lawak. Show all posts
Showing posts with label OK Lawak. Show all posts
Wednesday, September 28, 2011
Model Catwalk Yang Fail!
Aku nak share dengan korang gambar-gambar model catwalk yang fail. Dimana gambar-gambar ini menunjukkan model catwalk ini terjatuh ketika melakukan catwalk. Ada yang tersalah langakah dan tidak kurang juga yang mengahadapi masalah teknikal yakni kegagalan kasut untuk berfungsi dengan baik iaitu tumit kasut patah etc. Maybe gambar ini pun dah lama kan, so aku just nak kongsi dengan korang je la. sekadar untuk menghidupkan sikit blog ni. LOL. okay. enjoy lah ye.
p/s : mood aku cam sial sekarang sebab roomate aku ni kaki dengkur kuat sial! pasni aku nak interview nest roomate aku "KAU BERDENGKUR TAK?"
Sunday, September 25, 2011
Jom Pedajal Orang Ketika Tidur.
Ada sesiapa yang pernah tinggal di asrama? Aku percaya ada antara korang yang pernah tinggal di asrama. Jika dikenang kembali nostalgia tinggal di asrama banyak benda-benda yang seronok sebenarnya. Hanya mereka yang pernah tinggal di asrama sahaja yang merasainya. Alaa. kalau setakat ragging sikit-sikit apekedehal. Lepak sudah. perkara biasalah tu kalau kat asrama. Tapi kalau dah sampai bantai teruk-teruk tu beragak-agaklah kan.
Okay aku cerita sikit pengalaman aku kat asrama, situasi pertama adalah pada hari jadi. Jika hari jadi budak tu tinggal lagi seminggu kitorang akan stanby air kopi+milo+teh+sirap dan pelbagai lagi air yang diperap selama seminggu. Kemudian air gosok gigi + air cuci muka + air sabun yang diperap seminggu kitorang simpan di tandas. Kena masa harijadi budak tu kami bantai dengan bantal ramai-ramai. tapi ade juga yang bantai tu letak buku dalam bantal. Kalau yang sial sikit diorang letak hanger baju. sial kan? Hahah. pastu bawak budak tu kat toilet simbah dengan air-air yang diperap tu. HAHAHA! sampaikan ada yang lari pada malam sebelum tarikh hari jadi tu. sanggup tidur kat surau sorang-sorang dan ada yang sanggup lari tidur dekat kelas sorang-sorang. Berani gila dah la sekolah berhantu. HAHA! Ohya.. aku? aku tak kena sebab aku lahir bulan 12 masa cuti sekolah. hAhHA!!
Okay sudah-sudah. Aku nak share dengan korang cara pedajal orang ketika tidur. Yang ini sesuai kalau orang itu tidur mati. bayangkan rekasi diorang bila bangun pagi-pagi pergi toilet dan tengok cermin. LOL.
Meluncur Di Dalam Banjir
Jika untuk post sebelum ini aku ada membuat Laporan Banjir Di Seksyen 13 Shah Alam. Habis jalan-jalan utama di seksyen 13 Shah Alam ini lumpuh dengan keadaan trafik yang semakin terus dek penangan hujan lembat melampau menyebabkan kereta-kereta di situ mula bergerak berteraburan sehinggakan terpaksa jalan wrong way. Kamu tahu itu merbahaya. Namun apakan daya. takkan nak biar kereta kau masuk air kan? Tapi bila banjir ni syok juga sebenarnya kalau ade orang buat benda style ye dak? Jom tengok orang meluncur dalam banjir.
Wednesday, September 21, 2011
Sindiran Dalam Bentuk Humor
Tabiat sindir-menyindir memang kadang-kadang menyakitkan hati. Tapi bila disampaikan dengan nada sinis dan humor nescaya akan dapat memberi satu situasi yang lawak sekaligus dapat juga memberitahu sesuatu kepada seseorang agar berubah perangai dengan cara yang paling halus. Tapi kalau dah kena sindir setempek depan muka sampai tak terkata memang tak boleh buat apa-apa la. Bila diingat-ingatkan sindir-menyindir ini memang best. Korang pula macam mana? ada situasi korang sindir orang? kongsi la sikit.
Sunday, September 18, 2011
Friday, September 16, 2011
Menarik Di China
Aku percaya mesti korang pernah dengar ukapan "makin ramai oran makin banyak ragam". Ternyata populasi penduduk di China adalah antara yang paling banyak di dunia jadi tidak hairanlah jikalau China mampu hidup tanpa perlu bergantung pada negara-negara asing di dunia kerana mereka juga mempunyai sumber mereka sendiri. Namun kini ternyata ekonomi dunia mula beralih untuk melaburkan di China. Ternyata China suatu hari nanti akan berubah menjadi salah satu eknomi utama dunia nanti.
Berbalik kepada topik kita yang ingin aku kongsikan bersama korang semua, sila lihat gambar di bawah, apa yang pelik. Jika korang dapat cari tahniah kerana anda memang HEBAT! Tapi kalau tak dapat juga sila lah klik laporan penuh untuk mencari berita yang sahih lagi asli!
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Thursday, September 15, 2011
Mari Lihat Nora Danish Di Titi Gantung Terpanjang Di Dunia
Cerita terkini tentang Nora Danish yang kini mula didampingi oleh lelaki VIP. Baru je dapat cerita ini sebentar tadi ketika godek-godek internet. Sebelum cerita ini jadi panas baik aku post dulu kan? Gambar Nora Danish dan lelaki Vip Tersebut diambil ketika pasangan itu melawat ke sebuah titi gantung yang terpanjang di dunia. Sebelum itu mari kita lihat dahulu titi gantung tersebut yang terletak di Canada.
Wednesday, September 14, 2011
Hati-hati apabila bersin
Fakta! Bersin bergerak dengan halaju 160-320km/j.! Yes. Serius SHIT ! Itulah fakta dan kerana itu jugalah apabila bersin anda akan ditemani satu perasaan yang Serius SHIT ! Tapi pastikan jangan over serius SHIT seperti gambar animator gif di bawah.
Tuesday, September 13, 2011
Hal Cikgu
"Kamu belajar la rajin-rajin, kalau tak menyesal" itulah yang diungkapkan oleh ramai orang dewasa ketika aku masih di bangku sekolah. Memang benar bila dah masuk universiti mesti tedetik "kalau aku belajar betul-betul dulu mesti aku dapat belajar tempat lagi bagus" atau "Kalau belajar betul-betul mesti dapat biasiswa". Itulah ungkapan biasa yang terluah dari benak pemikiran insan dewasa kini. Namun, segala yang terjadi ada hikmahnya. Jadi pada sesiapa yang dah tersedar diri tu pandai-pandai lah ye. Okay nak kongsi cerita tentang hal cikgu.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Sunday, September 11, 2011
Wajah Di Sebalik Pelacur Di China
Jika di thailand, industri pelacuran menjadi salah satu tarikan pelancongan di sana. INI MEMANG SERIUS seperti BlogSerius! Kalau tidak kenapa ramai pelancong-pelancong dari eropah ke thailand? Tapi sebenarnya industri pelacuran ini memang berlaku di mana-mana sahaja di dunia termasuklah di Malaysia. Di Malaysia sendiri memang ada perkhidmatan pelacuran terutama di kota metropolitan Kuala Lumpur. Aku juga pernah alaminya di mana ketika aku tunggu bas hendak ke Johor Bharu, aku tunggu di hadapan Berjaya Times Square. Tengah melepak-lepak kat situ ada bapak ayam ini bawa anak-anak ayam dia untuk dipertemukan dengan pelanggan. Lepas tu datang lah dua orang lelaki yang aku percaya adalah pelanggan tersebut.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Wednesday, September 7, 2011
9 Ways Guys pee
Cuba bayangkan kalau korang pergi kedai mamak lepas tu secara tiba-tiba korang rasa macam nak terkucil. Ah sudah! apa lagi mencanak-canak lah pergi cari tandas kan. Tapi apakan daya jikalau tandas kat tempat itu sangat kotor dan menjijikkan. Bukan aku nak kata apa lah, rata-rata tandas yang dibuka kepada orang awam tak kira lah di restoran ke, stesen minyak ke, tandas awam ke. kebanyakkannya memang kotor dan busuk. Kadang-kadang mereka ini tak sedar, ke tiada kesedaran sivik? Entahlah aku pun tak tahu, bayangkan tiba-tiba korang tangah darurat tanpa diduga tandas yg korang nk pergi "berperang" tu masih ada "bom" yang tertinggal. tengik weyh !!
p/s: maaf lah kalau anda baca entry ini ketika makan ataupun sebelum makan. HAHA!
Monday, September 5, 2011
Cara Untuk Putus Hubungan Dengan Awek Korang
Ada antara korang yang dapat awek yang sangat kuat cemburu? Ada jantan lain? ataupun korang sebenarnya main-main je dengan awek korang ni? Ke, korang sendiri sebagai lelaki adalah jenis lelaki yang buaya darat atau playboy? Hahaha! lantak korang lah apa pun ni aku nak bagi tips sikit macam mana nak putus hubungan dengan berkesan. Ada Lima Cara Semuanya.
Klik Sini Untuk Laporan Penuh
Peniru Jenama Kereta
Di negara China memang popular dengan industri perkilangan mereka. Rata-rata jenama popular dunia untuk barangan pakaian, kasut, alat gajet seperti telefon bimbit dan laptop mempunyai kilang di China. Kenapa mereka memilih China? Ohya, sebab negara China mempunyai populasi penduduk yang sangat tinggi dan gaji untuk pekerja-pekerja di sana pun memang murah. Apabila mereka menjadi tumpuan utama untuk mengeluarkan sesuatu produk yang original, pasti ada yang akan dicetak-rompakan atau nama lainnya ASPAL (Asli Tapi Palsu) dari kasut, baju, hinggalah ke peralatan gajet elektronik. PERGh ! dasyat kan China ni. Jom tengok kereta pulak yg telah di"ASPAL"kan
Klik Sini Untuk Laporan Penuh
Klik Sini Untuk Laporan Penuh
Sunday, August 28, 2011
Sex Injuries
Okay. Jom kita tengok fakta tentang kemalangan ketika melakukan sex. Di mana perkara-perkara macam ni sememangnya berlaku.
Friday, August 26, 2011
Jom! Pedajal orang kat Tandas. Toilet Prank !
Okay. Ni aku nak ajar korang pedajal korang. Boleh digunakan ketika anda beraya di rumah orang ataupun beraya di rumah rakan sekelas korang yang korang tak suka. Ataupun korang boleh mendajal kawan rumah sewa korang yang jenis tak reti bahasa nak cuci tandas mahupun mak bapak diorang tak pernah ajar yang lepas berak sila flush! jadi mungkin boleh menggunakan teknik sinis ini untuk mengajar makhlus-makhlus "bijak pandai" ini erti kebersihan dan adab penggunaan tandas.
senang je. korang sediakan benda-benda kat bawah ini dan kalau korang dah bersedia apa lagi, jom kita tengok macam mana nak buat.
How to do it?? Please proceed to full article.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















