Sebagai blogger hingusan yang baru nak bertapak dalam bidang blog ini, aku memang memerlukan kerajinan untuk blogwalking. Bukan setakat blogwalking sahaja tetapi harus disertakan sekali entry-entry baru yang menarik agar dapat menarik followers baru ke blog aku yang amat sederhana dan hingusan ini. Namun aku pun menemui kesukaran ketika blogwalking di mana masih ramai antara bloggers yang mempunyai blog yang amat berat untuk load. Sedih weyh bila aku nak baca entry korang pun tak dapat.(ayat manis. ceyt! ) Walaupun Speed Internet aku adalah seperti di bawah, namun kelembapan blog untuk load menjadi pengahalang untuk aku membaca dan melawat blog-blog di luar sana.
ini je speed internet aku. tak laju pun.
Antara punca kenapa blog mereka sangat-sangat lah lambat untuk load kerana mereka meletakkan pelbagai widget di blog mereka. Banyak yang aku belajar di mana sebagai blogger, mereka harus memastikan blog mereka kemas dan ringan agar pelawat dapat access sepenuhnya isi blog korang. Jika tidak mereka tanpa segan-silunya memangkah dan berlalu pergi dari blog kita. Okay. kalau korang nak tau load speed korang sesuai ke tak, korang boleh check dekat sini :-
iWebTool - Website Speed Test
Pastikan saiz website korang tidak melebihi 120KB jikalau tidak bye-bye lah. Saiz yang ideal untuk susuk tubuh blog adalah di bawah 100KB. Tapi blog aku gemok sikit lah.
So, kepada korang yang nak check website korang silalah ke iWebTool untuk mengetahui BMI blog anda. So, kalau agak-agak blog korang dah oversize tu pandai-pandai lah kurangkan widget yang tak perlu.
.


4 comments:
laju giler internet...ni kaio uploader tu ker?
Jom terjah sini:
1)Terbaik!!! 10 Gambar Carian Google Earth Yang Menakjubkan
2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar
3)Bahaya!! Satelit Seberat 6 Tan Bakal Terhempas Ke Bumi
@Famili Ceria
huish. bukan lah. kau giler. ni aku pakai office punya memang la laju. kat tempat praktikal. hahaha!!
pergghhh...laju kot speed internet tu...download pon macam air je ni...hee~ (^^,)
wah! fa try sekarang gak..hehek.
Post a Comment