Monday, August 29, 2011

Vlog - Istana Negara

Istana Negara Malaysia yang terletak di Jalan Istana ini pada asalnya adalah milik seorang bangsa cina yang kaya raya yang bernama Chan Wing. Pada Tahun 1942 - 1945 Istana Negara ini pernah digunakan sebagai markas tentera jepun. Selepas pihak jepun menyerah diri kepada pihak british Istana ini menjadi hak milik kepada kerajaan negeri selangor dan dijadikan istana pagi sultan selangor. Selang beberapa tahun kemudian, Istana ini dibeli oleh kerajaan Wilayah Persekutuan dan dijadikan sebagai istana rasmi Malaysia.

Untuk pengetahuan korang semua, Istana Negara kini menjadi salah satu tarikkan pelancong luar dan juga dalam negara. Kerana para pelancong yang bernasib baik akan dapat melihat istiadat penukaran pengawal istana setiap satu jam. Pegawal istana yang berdiri dan berkuda akan ditukar setiap satu jam.

Untuk pengetahuan korang semua pengawal Istana Negara ini terdiri dari Rejimen Askar Melayu Diraja. Mereka juga pernah berkhidmat di Bukingham Palace yang terletak di United Kingdom pada tahun 2008.

Pada setiap 1 Syawal setiap tahun, Istana Negara Malaysia akan dibuka kepada orang ramai untuk datang beraya bersama Agong. Tapi dengan syarat dilarang memakai pakaian berwarna kuning, bukan kerana pihak kerajaan phobia gejala himpunan BERSIH yang lalu #LOL , tetapi warna kuning adalah warna diraja dan hanya dibenarkan kepada kerabat diraja sahaja.




Contest Blogger Simple And Gorgeous

Okay. Sambil-sambil aku godek internet ini aku terjumpa lah satu blog Budak Ketot yang menganjurkan contest untuk mencari blog yang simple dan gorgeous. aku tak pasti dari sudut perspektif mana para juri akan cari pemenangnya. Aku pasti Jurinya yang bijaksana pasti akan mencari blog yang paling menepati garis panduan contest yang telah ditetapkan. walau apa pun keputusannya, good luck kepada pemenangnya nanti.


Syarat-syaratnya.
1. Para peserta haruslah "like" dahulu blog penganjur iaitu :-
      -BlogBudakKetotStory
      -BudakKetotStory 
2. Penyertaan dari lelaki dan wanita dialu-alukan.
3. Mesti warganegara Malaysia
4. Buat entry dan copy banner asal di blog penganjur (sudah ku lakukan.)
5. Publish entry anda dan comment lah di blog penganjur.
6. Contest ini tidak menggunakan sistem voting untuk mencari pemenang.

untuk penyertaan sila KLIK SINI menyertai.





Pendidikan Seks Sekolah Rendah Di China



Untuk pengetahuan korang, di Hepingli sekolah rendah nombor satu di daerah Dongcheng, Beijing, mereka ada mengambil kelas kesihatan. Di mana tenaga pengajarnya mengguna kaedah permainan untuk mengajar bagaimana sperma dan ovum melakukan persenyawaan selain itu mereka jugak dididik untuk merasai pengalaman bagaimana tabahnya hati seorang ibu untuk mengandung selama sembilan bulan ++

Kisah Kapal Titanic

Kapal Titanic yang dulunya gah dan bak kata investornya bahawa kapal ini mampu berlayar dengan pantas dan boleh menongkang arus lautan bergelora serta menghancurkan pulau-pulau ais di lautan. Namun walau sehebat mana pun cipataan manusia, tiada yang dapat menandingi kekuasan Allah SWT.

Pada tahun 2010 yang lalu para saintis telah menyertai ekspidisi mencari Kapal Titanic di Norfolk, Virgina. Jadi kat sini aku akan sertakan gambar-gambar untuk tatapan korang semua.

btw, hope aku tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga kita dilimpahi keberkatan dalam bulan yang mulia ini. Dan rebutlah peluang untuk menambah pahala okay!





Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Sunday, August 28, 2011

Book Fest 2011 KLCC Convention Center

Okay, Salam Ramadhan to all readers. Yesterday i just went to Book Fest 2011 at Kuala Lumpur Convention Center. Just after iftar with my mom at Det Station and the restaurant only offer three types of menu which is Nasi Lemak Ayam Goreng, Char Kuey Teow and Burgers. 

Then my mom said, "If the restaurant offer the best dishes, no matter how limited the menu is, people will come after it." hurm. make sense, eventho Det Station only offer limited menus, the crowds is overwhelming. 

Okay. Here is some picture at the Book Fest 2011 KL Convention Center 
p/s: orang shopping baju, aku shopping buku. xp

Sex Injuries


Okay. Jom kita tengok fakta tentang kemalangan ketika melakukan sex. Di mana perkara-perkara macam ni sememangnya berlaku. 


Acara Meruntuhkan Jambatan Yichun di China

Pada 20hb Ogos 2011 yang lalu, Jambatan Yichun(Yichun Bridge) yang terletak di Jiangxi telah dirobohkan setelah 40 tahun berdiri teguh membantu masyarakat setempat untuk menyeberangi sungai antara dua bandar di Jiangxi. Walaupun Jambatan ini banyak jasanya kepada masyarkat setempat, tetapi ia kini tidak lagi dapat menampung kapasiti yang semakin membuak-buak di Jiangxi. Lalu pihak kerajaan dengan rakus dan drastiknya merobohkan jambatan Yichun ini dan bakal digantikan dengan Jambatan dua tingkat yang bakal diberi nama "Mingyue Bridge".


Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Friday, August 26, 2011

Jom! Pedajal orang kat Tandas. Toilet Prank !

Okay. Ni aku nak ajar korang pedajal korang. Boleh digunakan ketika anda beraya di rumah orang ataupun beraya di rumah rakan sekelas korang yang korang tak suka. Ataupun korang boleh mendajal kawan rumah sewa korang yang jenis tak reti bahasa nak cuci tandas mahupun mak bapak diorang tak pernah ajar yang lepas berak sila flush! jadi mungkin boleh menggunakan teknik sinis ini untuk mengajar makhlus-makhlus "bijak pandai" ini erti kebersihan dan adab penggunaan tandas. 

senang je. korang sediakan benda-benda kat bawah ini dan kalau korang dah bersedia apa lagi, jom kita tengok macam mana nak buat.


How to do it?? Please proceed to full article. 

Berhati-hati Di Jalan Raya Sempena Musim Perayaan

Hari raya bakal menjelang tiba, dan seperti selalu dan kebiasaan warga kota akan pulang ke kampung atau desa halaman untuk beraya bersama-sama dengan keluarga serta saudara-marah malahan anak pinak bagai. Memang sudah jadi tradisi di Malaysia ini. Dan statistik menunjukkan bahawa penduduk di Kota Metropolitan Kuala Lumpur bukan la anak jati Kuala Lumpur tetapi dari negeri-negeri lain di Malaysia. Kerana Kuala Lumpur adalah lubuk rezeki bagi mereka yang RAJIN okay! Bukan yang PEMALAS nak mampos menyusahkan orang. 

Sebagai bukti kita yang Malaysia ni ramai pendatang dari negeri lain di Malaysia kita boleh perhatikan ketika perlawanan KELANTAN VS SELANGOR sebagai contoh di mana jika perlawanan bola sepak diadakan di Shah Alam mahupun Bukit Jalil ataupun Kelana Jaya rata-rata penyokong yang datang adalah mereka yang tinggal di kawasan berdekatan ibu kota. Lalu boleh la kita melihat insiden tumbuk menumbuk dan hentak menghentak.! hooyeahh! hahaha!

Jadi berhati-hatilah di jalan raya. ingat lah keluarga tercinta. Jangan nak speeding sangat. Kalau time perayaan kan banyak ops sikap. So, hati-hati lah. Dan kalau korang tengok iklan-iklan keselamatan jalan raya kat bawah ni boleh kurangkan tidak kadar kemalangan jalan raya kat Malaysia ni?







Fakta Tentang Tidur

Okay, Salam jumaat korang semua. Okay bila kita bercerita tentang tidur ni, berapa lama sebenarnya korang tidur semalaman? 4jam? 5 jam? 6jm? 8jam? atau 10jam? atau 14jam?(ni nak mampus da ni!). Kalau macam aku pula aku memang susah nak tidur awal. cuma kalau aku betul-batul mengantuk tu jangan cakaplah kan. hahaha! So, sementara aku godek-godek internet aku ade lah terjumpa fakta menari ini yang mungkin aku boleh kongsi dengan korang. Lagi satu entry ni pun dah lama aku just amik balik dari blog lama aku yg aku transfer ke blog projek aku yang tak menjadi. hahaha!!





Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Temujanji Masa Hadapan

LOL! FAILED!!


Thursday, August 25, 2011

Tutti Frutti Shah Alam


Enjoy my tutti frutti. Im luvin' it! Will come back here with my gf. :-)
Posted via Samsung Galaxy S








Okay. Gambar kat atas tu aku snap masa aku pergi tutti frutti lepas berbuka. Aku pergi dengan classmate aku. Okay. idea untuk post entry kali ni aku dapat masa hazim tanya aku "eh, kaio. tutti frutti ni dari mana?" lalu dengan spontannya aku balas. "tah. ko ingat aku pengkaji sejarah ke?"

well back to the topic, usah hiraukan sketsa rekaan semata-mata itu. Okay. Tutti Frutti ni aku pun tak tahu dari mana sebenarnya. Aku malas cari lama-lama kat internet. haha! Tapi kalau tak silap aku dari USA. Kalau salah tolong betul kan. Dari info yang aku dapat Tutti Frutti ni mempunyai kedai menjual yogurt beku nya di serata dunia. FOFFUUUUUUULAR beb! Dan mereka mempunyai perasa yakni flavour lebih kurang 50. banyak kan? tapi tak semua di offer untuk satu-satu outlet.

Btw thanks to @hzwnfq for Tweetip! 


Di Malaysia, Tutti Frutti punya franchisor utama adalah NAZA Tutti Frutti (Malaysia ) salah satu anak syarikat NAZA Group of Company. Selain Malaysia Naza Tutti Frutti jugak adalah master franchise di negara-negara lain seperti Singapore , Cambodia , Brunei & Thailand. Buat masa sekarang Tutti Frutti ada 2 outlet di Cambodia dan satu di Singapore.Selain dari itu Naza Tutti Frutti juga merancang untuk membuka program franchise di benua Afrika pula.

Sumber : Tutti Frutti Malaysia 

Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Wednesday, August 24, 2011

Unifi Online Registration



Ok. Unifi have two types of packages which is have sub packages on it

VIP packages.

Vip5

Vip10

Vip20

BIZ packages.

Biz5

Biz10

Biz20

For further information you can go to

http://www.jompasangunifi.com

You can register online there.

Posted via Samsung Galaxy S

First post using my Samsung Galaxy S.



I've found the apps for my gadget. I would love to mobile blogging using my blackberry but there are no apps for it maybe just me are too lazy to search for it.

Then I found blogger apps for my android phone, samsung galaxy s. Now I can publish my post wherever I like as long as I connected to the internet.

Posted via Samsung Galaxy S

Pengkebumian Ketua Mafia Taiwan Lee Chao-hsiun

Ketika pengkebumian salah seorang taiko Mafia di Taiwan iaitu Lee Chao-hsiung telah menghimpunkan lebih dari 20,000 orang termasuklah para gengster dan ahli politik senior (tak pasti pulak kalau ahli-ahli pekida ranting taiwan dijemput ke tak.LOL) Di sana sebanyak 108 buah kerta limosin hitam digunakan untuk upacara tersebut. Dan nombor 108 itu dipilih kerana mempunyai simbolik kepercayaan Chinese Buddhism. Lee Chao-hsiung mati kerana penyakit barah. For your information dia telah menyumbangkan sebanyak $3 juta kepada pelbagai Charities di sana. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Walaupun dia ni adalah taiko Mafia sekurang-kurang nya dia ni takde lah nak recruit budak-budak sekolah untuk join gengstresime dia. Aku pun tak pasti samada dia ni ade tak cabang-cabang ataupun nombor-nombor tertentu untuk melambangkan kumpulan dia. Dan tak pasti pula kumpulan gengster dia ni menggunakan simbol-simbol gerak tangan jari jemari bahasa orang bisu untuk menunjukkan ke'taiko'an mereka. Tanya lah kumpulan Gengster di Malaysia ni. Ada tak link ke taiwan. LOL.

p/s: Post ini menulis dengan nada SINIS dan HUMOR ! sesiapa terasa maaflah. penulisan berdasarkan isu semasa juga. TRIMAS.! 


Tuesday, August 23, 2011

Salam Ramadhan




Assalammualaikum , Salam Sejahtera, Salam Mesra, Salam 1 MALAYSIA 

Setelah hampir separuh bulan kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia Ramadhan ini, Aku harap korang semua sentiasa diberkati dan penuhi amalan korang semua dengan amalan-amalan mulia. Jangan pula bulan ramadhan ni sepatutnya korang boleh berjimat tetapi korang hadiri semua jamuan berbuka puasa berbayar. 

Yela, faham-faham la, masa ini lah korang nak buat berbuka puasa bersama kawan-kawan sekolah rendah, kawan-kawan sekolah menengah tu bukan satu sekolah kalau ade sekolah asrama lagi, reunion lagi, buka bersama kawan universiti la, tak masuk lagi yang la, tau-tau je setiap hujung minggu korang berbuka di tempat yang memerlukan anda berbelanja lebih dari biasa. 

nak-nak pulak buffet ramadhan sekarang yang mencanang di sana dan sini. bermula dari RM10 hingga lah semahal RM200. Well biasalah, citarasa masing-masing berbeza. agak-agak mampu alhamdulillah lah rezeki dari tuhan. Tapi beringat lah tak perlu membazir kepada sesuatu yang tak perlu. 

hahaha! malas nk komen banyak, kita semua ada otak dan akal. so boleh pikir la ye. walau apa pun semua terpulang kat korang. 



Hari Kemerdekaan 2011

Pada tahun ni hari raya disambut bersama-sama dengan hari kemerdekaan. So, aku  pun tak tahu la samada kat KL nanti penuh tak macam sambutan hari kemerdekaan sebelum-sebelum ini. yela, cuti kan, siapa yang tak nak balik kampung.

aku memang sukakan semangat cintakan negara namun kini semangat tu kian luntur kerana pelbagai isu yang berlaku sekarang terutamanya dari segi politik, agama, dan kewangan. walaupun macam tu aku still bersyukur Malaysia ni masih lagi aman dan tak teruk macam negara lain yang merusuh pelbagai.

Malaysia bg aku adalah negara yang bagus (yela aku duk sini je tak penah eprgi tempat lain ) tapi dari pemerhatian aku Malaysia masih ada ruang untuk maju. dan perbaiki apa yang kurang terutamanya sikap manusia-manusia yang tamak haloba dan tidak bermoral yang menggunakan duit-duit kerajaan demi perut kroni-kroni dan suku-sakat serta sedara -mara tapi aku tidak mahu komen lebih terhadap isu itu. biar lah blogger lain yang mencang isu-isu hangat sebegitu.

Well, tujuan utama aku post entry ni nak ucakp selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yang ke 54 dan semoga Malaysia akan terus maju dan berdaya saing. yang penting ekonomi , pendidikan haru dipertingkatkan dan moral dan mentaliti rakyat Malaysia harus dibendung dari dibelungi manusia-manusia parasit yang lebihnya kepada kaum-kaum Meleis.

So, enjoy gambar-gambar ini dan fikirlah sejenak tentang perjuangan yang selama ini dilaung-laungkan.
Salam kemerdekaan.

Sumber : Di sini


klik read more untuk laporan penuh

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...