Friday, September 23, 2011

Tengkorak Berlian Yang Bernilai USD 100 Juta

Seorang pengukir Damien Hirst telah mengukir sebuah tengkorak berlian yang diberi nama For the Love of God pada tahun 2007. Tengkorak berlian ini juga telah menggunakan platinum sebagai kerangkanya (bukan ahli platinum untuk perniagaan MLM ye) dan juga lebih kurang 8,601 butir berlian termasuk berlian merah jambu berbentuk pear di dahi tengkorak berlian ini. Ternyata kos untuk membuat tengkorak berlian ini mencecah hampir 14 juta pound sterling. Korang convert sendiri aku malas. HAHA! Kemudian tengkorak berlian ini dipamerkan di pameran yang diadakan di White Cube Gallery, London. Ura-ura mengatakan bahawa tengkorak berlian ini dibida sehingga 50 juta pound sterling. Ape ke dehal kalau nak compare dengan cincin 7 juta yang korang duk canang-canang dalam blog suatu ketika dahulu. Sampai kecoh satu Malaysia. LOL. okaylah enjoy lah korang tengok gambar tengkorak hang berlian ini.











Sumber : wiki 

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...