Wednesday, September 28, 2011

International Passport Renewal

Okay. Live blog from immigration shah alam. Going to singapore tomorrow morning. I might not be able to update my blog for a while. I'll be back next week.

Pengemis Berlakon Sakit Meraih Simpati Di China

Jika dilihat dari entry kali ini di mana sepasang pengemis dari china berlakon sakit meraih simpati untuk meraih wang dari penderma. Situasi ini mungkin berlaku kerana kepadatan penduduk yang tinggi di China sehinggakan mereka harus mengemis untuk mendapatkan wang. Ini baru yang berlaku di China. Jika dilihat pula di Malaysia aku percaya mesti ada antara korang pernah dihampiri oleh kanak-kanak yang kononnya dari rumah anak yatim. Mereka akan meminta derma mingikut kadar minimum dan ada resit sekali. Jika tidak mereka akan berkata "dermalah seikhlas hati" tanpa memberikan resit. Aku bukan taknak bagi tapi bila sekali bagi datang lagi. Dah macam sindiket menda ini. Tah ada malaun lahanat manalah yang mempergunakan kanak-kanak ini. patut bagi potong kaki melaun sindiket ni bagi anjing makan. pastu suruh diorang mintak sedekah. 

Tak cukup dengan itu lagi. ada jugak yang buta pun sama sindiket. aku pernah lepak makan dekat ampang ade orang buta datang dekat aku sambil dipimpin pasangannya. aku hulur la niat sedekah. then aku pergi lepak pulak kat tempat lain yang agak jauh. HAIk?? ada kat sini pulak.? Korang nk best. korang lepas in pergi ikut diorang ini. tengok sikit naik kereta apa. aku taknak cakap. korang sendiri tengok. 




Kemalangan Di Persimpangan Maut TTDI Jaya Shah Alam

Pada hari Ahad yang lepas pada 25hb September, berdekatan dengan Politeknik Shah Alam, satu kemalangan telah berlaku di mana melibatkan sebuah penunggang motosikal dan sebuah kereta iswara aeroback LMST. Penunggang motosikal adalah lelaki dan mangsa yang menaiki kereta adalah perempuan. Dua orang kalau tak silap. Kerana masa aku sampai aku masih terlihat dua orang mangsa masih di dala kereta. Punca kemalangan dari pemerhatian aku adalah berpunca dari langgar lampu merah. Tetapi aku tidak pasti siapa yang bersalah samada motor ataupun kereta yang melanggar lampu merah tersebut. Dari gambar yang bakal dipaparkan ini aku rasa korang boleh agak bagaimana kemalangan ini berlaku. Ohya. di persimpangan ini juga digelar persimpangan maut kerana banyak kemalangan pernah berlaku di sini. 

p/s: jangan langgar lampu merah. 


Kemalangan Ngeri Di China

Kemalangan ngeri ini berlaku di China tapi aku tak ingat di daerah mana. Dan kalau tak silap aku kemalangan ini pun dah lama berlalu. Dan aku tak dapat nak cari sumber yang sahih bagaimana kemalangan ini berlaku dan adakah mangsa terselamat dari maut. Dari apa yang aku perhatikan situasi ini memang agak mengerikan dan gayat gila. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Cuba bayangkan korang kat situasi seperti di dalam gambar di bawah. Apa perasaan korang?


Luangkan Masa Dengan Kepelbagaian Mimik Wajah

Aku percaya ada antara korang ni jenis yang akan meluangkan masa berjam-jam lamanya di hadapan laptop atau pun komputer dan kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Kalau si kaki blogger memang korang ni kerjanya blogwalkinglah kan. Dan tak kurang juga ada antara korang ni jenis kalau kat facebook tu. duk refresh lah beberapa kali nak tengok ada tak notification baru. Forever alone nya. LOL.! okay. Ini aku ada idea tok korang. apa kata korang buat macam kat bawah ini. berdasarkan watak kartun tu, korang buatlah mimik muka yang sama. amacam? ade beran? nak tengok lagi lain-lain ekspressi boleh klik ke laporan penuh di bawah.


Model Catwalk Yang Fail!

Aku nak share dengan korang gambar-gambar model catwalk yang fail. Dimana gambar-gambar ini menunjukkan model catwalk ini terjatuh ketika melakukan catwalk. Ada yang tersalah langakah dan tidak kurang juga yang mengahadapi masalah teknikal yakni kegagalan kasut untuk berfungsi dengan baik iaitu tumit kasut patah etc. Maybe gambar ini pun dah lama kan, so aku just nak kongsi dengan korang je la. sekadar untuk menghidupkan sikit blog ni. LOL. okay. enjoy lah ye.

p/s : mood aku cam sial sekarang sebab roomate aku ni kaki dengkur kuat sial! pasni aku nak interview nest roomate aku "KAU BERDENGKUR TAK?"


Sunday, September 25, 2011

Kalendar 2012

Tahun 2012 bakal menjelma so, kat sini aku akan bagi korang kalendar 2011. Selain dari itu aku berikan sekali kalendar cuti sekolah 2012 khusus untuk ibu bapa untuk merancang percutian keluarga di samping itu tidak lupa juga kalendar cuti umum Malaysia 2012. Semoga untuk tahun 2012 yang akan datang ini akan mendatangkan 1001 satu keindahan dan kebahagian untuk korang. Diharap entry awal kalendar 2011 ini akan dapat membantu korang mencorak perjalanan kehidupan korang.

p/s: dah prepare ke azam baru? 

Anda boleh baca laporan penuh untuk tarikh cuti sekolah 2012 dan tarikh cuti umum malaysia 2012

Jom Pedajal Orang Ketika Tidur.

Ada sesiapa yang pernah tinggal di asrama? Aku percaya ada antara korang yang pernah tinggal di asrama. Jika dikenang kembali nostalgia tinggal di asrama banyak benda-benda yang seronok sebenarnya. Hanya mereka yang pernah tinggal di asrama sahaja yang merasainya. Alaa. kalau setakat ragging sikit-sikit apekedehal. Lepak sudah. perkara biasalah tu kalau kat asrama. Tapi kalau dah sampai bantai teruk-teruk tu beragak-agaklah kan.

Okay aku cerita sikit pengalaman aku kat asrama, situasi pertama adalah pada hari jadi. Jika hari jadi budak tu tinggal lagi seminggu kitorang akan stanby air kopi+milo+teh+sirap dan pelbagai lagi air yang diperap selama seminggu. Kemudian air gosok gigi + air cuci muka + air sabun yang diperap seminggu kitorang simpan di tandas. Kena masa harijadi budak tu kami bantai dengan bantal ramai-ramai. tapi ade juga yang bantai tu letak buku dalam bantal. Kalau yang sial sikit diorang letak hanger baju. sial kan? Hahah. pastu bawak budak tu kat toilet simbah dengan air-air yang diperap tu. HAHAHA! sampaikan ada yang lari pada malam sebelum tarikh hari jadi tu. sanggup tidur kat surau sorang-sorang dan ada yang sanggup lari tidur dekat kelas sorang-sorang. Berani gila dah la sekolah berhantu. HAHA! Ohya.. aku? aku tak kena sebab aku lahir bulan 12 masa cuti sekolah. hAhHA!!

Okay sudah-sudah. Aku nak share dengan korang cara pedajal orang ketika tidur. Yang ini sesuai kalau orang itu tidur mati. bayangkan rekasi diorang bila bangun pagi-pagi pergi toilet dan tengok cermin. LOL.


Lipatan Tuala Yang Kreatif

Lipatan tuala yang kreatif ini mengingatkan aku ketika aku masih menuntut di kolej di mana aku ada mengambil subject restaurant operation. Di mana operasi restoran akan berkonsepkan fine dining. Maka persekitarannya ala-ala hotel lah. Batch aku adalah yang pertama merasmikan kitchen dan fine dining baru di kolej aku.  Apa yang aku ingat kami harus belajar cara-cara melipat napkin ternyata ada pelbagai lipatan, dan lipatan tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dan ia juga bergantung pada tema fine dining itu sendir. Apabila aku tengok lipatan tuala yang kreatif ini aku rasa macam nak share sebab bagi aku amat menarik. Memang ada lipatan sebegini di hotel-hotel. Namun ia akan dilipat mengikut tema biasa nya untuk hotel mewah ataupun jenis untuk pasangan yang sedang berbulan madu. Tapi gambar-gambar katbawah ini aku rasa tetamu dia yang buat sendiri. takde kerja.


Apa itu Skydiving ?

Maksudnya Skydiving adalah mudah iaitu terjun bebas di udara. Para penerjun harus keluar dari kapal terbang dan menjunam ke bumi. Namun, ketika untuk sampai ke bumi kamu akan meluangkan masa di udara dengan selama beberapa minit bergantung dari ketinggian mana kamu terjun. Namun para penerjun harus bersiap sedia dengan beg yang terisi dengan payung terjun jika tidak mampus kamu menyembab ke tanah. LOL! Okay, Sejarah bermulanya aktiviti terjun udara ini dimulakan oleh Andre-Jacques Garnerin yang membuat payung terjun dan berjaya dengan lompat dari belon udara panas.

Pertandingan awal payunh terjun ini dilancarkan ketika tahun 1930-an dan ia menjadi sukan antarabangsa pada tahun 1951. Sekarang aktiviti payung terjun ini dianggap sukan ekstrem. Jika kamu ingin mencuba apa salahnya. tengok gayat ke tak gayat. Lepas tu boleh korang buat formasi seperti gambar yang aku paparkan ini.

Meluncur Di Dalam Banjir

Jika untuk post sebelum ini aku ada membuat Laporan Banjir Di Seksyen 13 Shah Alam. Habis jalan-jalan utama di seksyen 13 Shah Alam ini lumpuh dengan keadaan trafik yang semakin terus dek penangan hujan lembat melampau menyebabkan kereta-kereta di situ mula bergerak berteraburan sehinggakan terpaksa jalan wrong way. Kamu tahu itu merbahaya. Namun apakan daya. takkan nak biar kereta kau masuk air kan? Tapi bila banjir ni syok juga sebenarnya kalau ade orang buat benda style ye dak? Jom tengok orang meluncur dalam banjir.

Apa Itu Pertandingan Rodeo ?

Pertandingan Rodeo ini berasal dari Amerika. Di mana ketika zaman popular wild wild west, Pertandingan Rodeo ini boleh dianggap sukan moden kamu tahu. Namun selepas era penguasaan budaya sepanyol mula meresap ke dalam budaya amerika yang klasik lagi tradisional, pertandingan ini menjadi semakin komersial di mana perkakas untuk seorang rider rodeo ini juga bergerak maju seiring dengan pertembungan dua budaya. Lihatlah dari segi pemakaian cowboy mereka diterap unsur-unsur sepanyol. Jika di Sepanyol mereka popular dengan sukan tradisi laga lembu maka di amerika mereka memperkasakan sukan rodeo. 

Sudah ramai sebenarnya rider Rodeo ini maut ketika menjadi rider rodeo ini. Ada yang dirodok oleh lembu ganas ini ada yang tulangnya patah-riuk dek penangan lembu mengfila ini. Jika kamu seorang rempit sejati. Kenapa tidak mencuba menjadi rider untuk rodeo. Maka aku akan tabik spring pada kamu! Sayangi nyawa. Jangan biarkan dirimu mampus di jalanan..


Saturday, September 24, 2011

Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog

Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog ini adalah idea asal penganjurnya iaitu saudara Khairul Zamri. Aku notis benda ni masa aku tengah saja-saja search nama "kaio dot my feed url" terkeluar pula benda kat bawah ni. Aku pun pelik lah apa benda rupanya ni. aku pun klik lah.


Tanpa aku melengahkan masa lagi aku gerakkan mouse wireless aku terus ke tajuk di atas dengan ingin melihat apakah geranganya situasi yang sedang berlaku ini. Siapalah yang duk sebut-sebut nama blog aku ini. cuak beb mula-mula. Lepas aku bukak je. baru la aku tau rupa-rupanya aku tersenarai dalam blog saudara Khairul Zamri ini untuk edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog dan aku tersenarai sebagai calon yang ketiga untuk Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog oleh saudara Khairul Zamri ini. Terima kasih lah kepada beliau kerana sudi menjelah ke blogku yang baru tanam benih jagung ini sebuah blog yang masih dianggap sebagai blog budak hingusan. Korang nak dijelajahi ? Sila baca laporan penuh ye.

Friday, September 23, 2011

Video : AAAAAAAAHHHHHHHH LOL!

Apa Itu Masquerade Ball ?

Mula dilihat kewujudannya di Italy sekitar kurun ke-15. Masquerade Balls adalah satu kostum popular ketika festival yang diadakan di venice suatu ketika dahulu. Fenomena in imula berkembang pesar dari golongan atasan hinggalah golongan pertengahan  dalam durasi kurun ke-16 di Italy. Namun fenomena ini semakin meluas sehingga ke eropah pada kurun ke-18. Okay. aku malas sebenarnya nak tulis ni. haha. korang pi baca kat wiki untuk maklumat lanjut. Aku cuma nak share gambar-gambar ini sebab aku sekarang tengah sibuk mencari quotation untuk masquerade ball decoration.


Tengkorak Berlian Yang Bernilai USD 100 Juta

Seorang pengukir Damien Hirst telah mengukir sebuah tengkorak berlian yang diberi nama For the Love of God pada tahun 2007. Tengkorak berlian ini juga telah menggunakan platinum sebagai kerangkanya (bukan ahli platinum untuk perniagaan MLM ye) dan juga lebih kurang 8,601 butir berlian termasuk berlian merah jambu berbentuk pear di dahi tengkorak berlian ini. Ternyata kos untuk membuat tengkorak berlian ini mencecah hampir 14 juta pound sterling. Korang convert sendiri aku malas. HAHA! Kemudian tengkorak berlian ini dipamerkan di pameran yang diadakan di White Cube Gallery, London. Ura-ura mengatakan bahawa tengkorak berlian ini dibida sehingga 50 juta pound sterling. Ape ke dehal kalau nak compare dengan cincin 7 juta yang korang duk canang-canang dalam blog suatu ketika dahulu. Sampai kecoh satu Malaysia. LOL. okaylah enjoy lah korang tengok gambar tengkorak hang berlian ini.



Thursday, September 22, 2011

Manusia Alien - Progeria

Apa korang sangka harus jadi seorang yang cantik untuk jadi model yang unik? Apa korang rasa perlu mempunyai wajah eksotik untuk terasa unik. Apakah korang rasa sudah cukup itu semua. Ternyata model lelaki yang unik ini mempunyai bukan setakat wajah tetapi bentuk badan yang unik dek keana ia seolah-olah berbentuk Alien. 

Usah gusar wahai pembaca sekalian. Ternyata gejala ini berlaku oleh kerana sejenis penyakit yang digelar Progeria yang bermaksud penuaan pramatang ketika muda. Jangan korang sangka ini adalah sejenis mutan yang korang lihat dalah cerita X-men. Ternyata mereka yang mengidap penyakit ini tidak ramai yang hidup sehingga umur 40-an. Rata-rata mereka yang mengidap penyakit ini mati seawal umur belasan tahun dan segelitir sahaja menemui ajal ketika berumur 20-30an. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yg dikurniakan kepada korang. Jadi model yang dipaparkan dalam entry ini bernama Botha dan kini berumur 24 tahun tiada siapa tahu berapa lama dia dapat hidup. Tapi serius weyh. macam Alien. =.=

UPDATE on 23rd September 2011 !!


Terima Kasih Telor Dibasuh

Masa aku tengah duk godek blog aku ini aku saje la tengok statistik blog aku yang tak seberapa ini. jadi secara tidak langsung aku terlihat Reffering URLs aku tinggi dari telordibasuh . Aku pun pelik la. apehal tiba-tiba je tinggi kan. namun dengan pantasnya aku terus klik referral link tu untuk lihat apa benda sebanarnya situasi yang sedang berlaku ini. Fenomena apakah yang sudah berlaku?


Katil Emas Yang Bernilai USD676,550

Jika di blogserius ada post tentang Tata Nano termahal di dunia yang bernilai USD 4.3 juta dan Telefon bimbit paling mahal di dunia rekaan yves behar, kat sini aku nak share dengan korang katil emas pula. 

Katil Emas Yang bernilai USD676,550 ini disaluti dengan emas 24 karat selain diberi sentuhan Swarovski Crystal untuk menambat hati peminat-peminat yang meminati kilauan yang memposeonakan. Katil emas ini juga dilengkapi dengan pemain DVD/Blu-ray, sistem bunyi BOSE, sambungan internet dan Pioneer PDP LX-5080W edisi TERHAD yang disaluti oleh emas. Selain dari itu ia juga dilengkapi alat kawalan Busch-Jaeger, tilam air dan alat kawalan jauh. Kalau aku dapat Tilam ini memang aku akan menulis blog macam bos, tidur macam raja dan menonton cerita yang aku download secara haram di internet mengalahkan menonton wayang d gold class ataupun premium class di panggung wayang sekitar Malaysia. Apa kelas.! 


Wednesday, September 21, 2011

Persidangan Blogger - SENYAP (Social Enforcement For National Youth Awarness Program) PART 2

Persidangan Blogger - Senyap (Social Enforcement For National Youth Awareness Program ini telah berlangsung di Bilik Rendang Redang di PWTC (Putra World Trade Center). Program Senyap ini telah dianjurkan oleh ITYM iaitu Information Technology Youth Movement sebuah badan NGO belia yang ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah Kementerian Belia Dan Sukan serta dinaungi oleh IPPBM (Institue Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia)

Program SENYAP ini dianjurkan demi meningkankan intelektual para belia malaysia khususnya agar dapat melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber suatu masa nanti. Namun untuk siri pertama SENYAP ini kumpulan pertama yang disasarkan adalah dari kalangan blogger. Ini kerana informasi kini pantas tersebar terutamanya di dunia internet. Malah jika sesuatu isu itu tidak diolah dari sumber yang benar, ia boleh menjadi satu fenomena yang boleh mengkucar-kacirkan negara. Ternyata bukti telah sahih lagi benar kerana sudah ada blogger yang mengeluarkan sesuatu fakta dan menjadi isu hangat suatu ketika dahulu. 

Malaysia vs Japan

Laporan Banjir Kilat Di Seksyen 13 Shah Alam

Laporan Banjir Kilat Di Seksyen 13 Shah Alam. Waktu tengah hari ini. Hujan yang sangat lebat menjadikan kawasan ini sesak teruk dek penangan hujan lebat melampau. Sejak aku tinggal di Seksyen 13 Shah Alam ini, ini adalah kali ketiga insiden ini berlaku. Ternyata pihak Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Jadi korang boleh tengok gambar-gambar yang sempat aku snap ketika perjalan balik ke office. Laporan Banjir Kilat Di Seksyen 13 Shah Alam. 



Asus A42J Series for blogger


Inilah yang aku gunakan untuk kerja2 blogging, editing, design, dan kerja2 lain.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sindiran Dalam Bentuk Humor

Tabiat sindir-menyindir memang kadang-kadang menyakitkan hati. Tapi bila disampaikan dengan nada sinis dan humor nescaya akan dapat memberi satu situasi yang lawak sekaligus dapat juga memberitahu sesuatu kepada seseorang agar berubah perangai dengan cara yang paling halus. Tapi kalau dah kena sindir setempek depan muka sampai tak terkata memang tak boleh buat apa-apa la. Bila diingat-ingatkan sindir-menyindir ini memang best. Korang pula macam mana? ada situasi korang sindir orang? kongsi la sikit. 


Kreativiti Tanpa Batasan


Okay. Kreativiti Tanpa Batasan. Kreativiti tanpa batasan memang amat-amat diperlukan ketika zaman generesi Y yakni belia-belia kini harus lebih kreatif bahkan lebih berdaya saing untuk maju dan berjaya dalam kehidupan, karier mahupun pelajaran. Ternyata jikalau mempunyai kreativiti tanpa batasan nescaya ia akan membantu seseorang untuk lebih menonjol tak unik dari yang lain-lain. So, aku nak kongsi dengan korang sesuatu yang kreatif tanpa batasan.




Apabila Fernando Torres Gagal Menjaringkan Gol!

Sumber : 9GAG

Tuesday, September 20, 2011

Advertorial : Contest - 60 Ipad 2 Selama 60 Hari Untuk Dimenangi

Contest - 60 Ipad 2 Selama 60 Hari Untuk Dimenangi Contest - 60 Ipad 2 Selama 60 Hari Untuk Dimenangi Contest - 60 Ipad 2 Selama 60 Hari Untuk Dimenangi.Contest yang masih lagi berlangsung dan sekarang 36 orang sudah memenangi Ipad 2 dan masih ada lagi 24 unit Ipad 2 yang masih tinggal. Contest yang dianjurkan oleh Adidas ini akan berlangsung dari :

15th August - 13th October 2011 

Selain daripada Ipad 2 ada terdapat banyak hadiah lain yang ditawarkan oleh ADIDAS . Untuk ADIDAS akan memberikan 1 x iPad 2 dan 9 x produk ADIDAS premium selama 60 hari yang menjadikan jumlah hadiah adalah 600 hadiah! Jangan lepaskan peluang untuk merebut 60 iPad2 + 540 produk premium adidas. 
Boleh klik di sini ADIDAS iPad2  untuk melihat hadiah-hadiahnya. 

Untuk melihat senarai pemenang mingguan setakat ini sila lihat di sini dan lihat di paparan"winner"

Apa lagi yang korang tunggu. aku pun dah join. haha. mana lah tahu kalau nasib baik dapat la menang kan. So, jom. kalau nak join klik je kat link ini ADIDAS iPad2 Contest 


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Cover Album Yang Menarik

Cover Album Yang Menarik Cover Album Yang Menarik Cover Album Yang Menarik. Aku nak share dengan korang cover album yang menarik telah diolah semula agar menjadi lebih menarik lagi. Ternyata sesuatu cover album boleh menjadi lebih menarik setelah dieksploitasikan dengan sedikit eksperimentasi yang menarik serta kreatif maka terjadilah sebuah cover album yang menarik untuk tantapan korang semua. 




Tentang Cover Album Yang Menarik ?

Monday, September 19, 2011

Fotografi Di Puncak Bangunan.

Khas kepada penggila fotografi yang tegar. Jikalau sekadar hanya ada DSLR anda hanya dikenali sebagai pemilik DSLR dan bukannya seorang peminat fotografer sejati #truth. Okay, jom kita tengok beberapa hasil seni dari fotografer tegar untuk mempelbagaikan lagi portfolio fotografi mereka. Kalau korang gayat usah cuba-cuba untuk meniru aksi ini. nanti kamu jatuh dan mati dalam keadaan yang perit dan memilukan serta seluar basah terkencing-kencing ketika saat kejatuhan kamu ke tanah.



Jika di Menara Berkembar Petronas kita boleh berbangga dengan bangunan berkembar terttinggi di dunia dan mempunyai skybridge yang boleh dilawati oleh pengunjung yang terletak di tingkat 41 dan 42. Namun tidak hairanlah skybridge di Menara Berkembar Petronas ini menjadi salah satu tumpuan pengunjung di Malaysia.

Okay, untuk entry kali ini aku nak cerita tentang Sears Tower yang terletak di Chicago. Ia popular dengan The Ledge At Skydeck Chicago. Di mana pengunjunga akan berdiri di dalam kotak kaca yang terkeluar dari bangunan tersebut. Lawatan akan diadakan di ketinggian 1,353 kaki  dan terletak du tingkat 103. Damn! Our famous KLCC twin tower pun hanya 88 tingkat. 


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Sunday, September 18, 2011

YA ! Aku Superman

YA ! Aku SUPERMAN ! HAHAHAHA!
p/s: mood malas. =.=

Men Are The Best Cooks.

Saturday, September 17, 2011

Advertorial : Olay Total Effects

Tidak hairanlah kenapa ketika aku masih kecil dalam lingkungan umur 4 tahun, Opah aku telah pun menggunakkan produk Olay kerana Olay telah pun wujud semenjak tahun 1949 dan kini jenama Olay adalah salah satu jenama produk krim kecantikkan yang telah wujud di kalangan rupawan serta jelitawan mahupun wanita-wanita di seluruh dunia. 

Kamu harus tahu bahawa produk Olay ini tercipta dari cinta, Kenapa? ia telah di cipta oleh seorang lelaki untuk dihadiahkan kepada isterinya. Ketika era 1950-an, seorang pakar kimia Graham Wulff terlihat isterinya Dinah sedang dalam keresahan dan kesedihan kerana kulitnya yang kusam dan tidak bermaya dan memadamkan seri di wajahnya. Kemudian, Graham telah memutuskan untuk mencipta satu formula bahan kecantikkan untuk mengembalikan semula seri wajah untuk isterinya yang tercinta agar isterinya kelihatan lebih feminin dan jelita.

Dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi Graham mula mencipta formula untuk diberikan kepada isterinya yang tercinta. Dengan berkat kesabaran dan ketekunan yang tinggi serta hasil selidik mendalam mengenai bahan yang semulajadi, Maka terhasillah, "The legendary Oil of Olay Beauty Fluid"

Setelah berjaya dengan penemuan formula ini, Graham telah meminta bantuan dari sebuah agensi pengiklanan di yang dicari di dalam "Yellow Pages", lalu menemukan dengan Jack Lowe yang terus menjadi rakan niaga bersama-sama pencipta Olay iaitu Graham Wuff.

Korang boleh like Page Olay Di Sini


Advertorial : Cukup Berjiwa Malaysiakah Anda ?

Aku rasa masih belum terlambat jikalau aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia. Negara Malaysia telah dibentuk ketika kemasukkan negeri Sabah dan Sarawak di bawah kerajaan persekutuan ketika itu. Sebagai menghargai jasa kerajaan negeri Sarawak selepas bersama-sama Malaysia, satu nama jalan di ibu kota Kuala Lumpur diambil sempena nama ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Maka, dari situlah asal-usulnya nama Jalan Kuching di Kuala Lumpur.

Korang sayang Malaysia? Cukup berjiwa Malaysiakah korang? Jika korang berjiwa Malaysia sekalipun adakah korang seorang yang berjiwa merdeka? Jika merdekanya jiwa korang, sanggupkan korang berjuang untuk mempertahankan negara Malaysia dari dijajah semula setelah segala penat-lelah pejuang-pejuang kebangsaan negara memperjuangkan kemerdekaan? Di sini aku nak share dengan korang, Satu kuiz menarik di mana anda boleh tahu sama ada di anda cukup berjiwa malaysia. 


Dengan layout website mereka yang menarik lagi comel serta ringkas namun pada ia satu kuiz nasional yang menarik yang seharusnya korang cuba jawab. Korang boleh klik di bawah :- 


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Friday, September 16, 2011

Persidangan Blogger - SENYAP (Social Enforcement For National Youth Awarness Program) PART 1

Tinggal Sehari lagi sebelum tarikh tutup kerana ITYM(Information Technology Youth Movement) bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Penelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah menganjurkan satu program untuk belia kaki blogger di Malaysia. 

Gerakan Belia Teknologi Informasi adalah sebuah pertubuhan Belia berdaftar di bawah akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007 di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. 


Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut

OK Video - Undilah

Dari apa yang aku perhatikan banyak permasalahan yang belaku kat Malaysia ini. Memang Jika dibicarakan tentang politik walau di mana negara sekali pun pasti ada pelbagai strategi yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. Kadangkadang sebagai pemerhati politik Malaysia aku pun turut keliru, siapa salah? siapa yang betul? Namun bagi kita sebagai rakyat Malaysia pasti ada pandangan masing-masing dan perspektif serta pendirian yang dipertahankan. Jikalau anda tidak mengundi jangan marah kalau hak anda tidak dipersuarakan.

Btw, korang boleh periksa status pengundi anda DI SINI dan jika ada perkara yang ingin disuarakan atau ketidakpuasan sila KLIK DI SINI 

p/s: Aku dah mendaftar bulan Julai 2011 aritu. Insyaallah Pilihanraya umu seterusnya aku mengundi. Peace!

Sila lawati Link Ini : http://www.undilah.com/

Menarik Di China

Aku percaya mesti korang pernah dengar ukapan "makin ramai oran makin banyak ragam". Ternyata populasi penduduk di China adalah antara yang paling banyak di dunia jadi tidak hairanlah jikalau China mampu hidup tanpa perlu bergantung pada negara-negara asing di dunia kerana mereka juga mempunyai sumber mereka sendiri. Namun kini ternyata ekonomi dunia mula beralih untuk melaburkan di China. Ternyata China suatu hari nanti akan berubah menjadi salah satu eknomi utama dunia nanti. 

Berbalik kepada topik kita yang ingin aku kongsikan bersama korang semua, sila lihat gambar di bawah, apa yang pelik. Jika korang dapat cari tahniah kerana anda memang HEBAT! Tapi kalau tak dapat juga sila lah klik laporan penuh untuk mencari berita yang sahih lagi asli!


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Seni Rekaan Menggunakan Buah-buahan

Gaya pemakanan kebanyakkan orang di Malaysia khususnya adalah amat tidak sihat, kekurangan pengambilan buah-buahan dan lebih mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan yang telah diproses seperti burger, sosej, serta makanan "Fast Food" yang ternyata mempunyau kalori dan lemak yang tinggi. Untuk menyeimbangi diet, manusia harus mengambil makanan yang seimbang seiring dengan buah-buahan. Aku pasti ramai antara pembaca blog di sini tahu tentang khasiat buah-buahan dan memudahkan aku tidak perlu lagi membicarakan tentangnya. Sila ingat kembali kebaikkan setiap buah-buahan yang anda makan dan sila amalkan. nescaya kehidupan anda akan lebih baik. 

Sebenarnya aku baru lepas makan buah pisang dan buah pear. Terdetiklah pula aku nak cari perihal tentang buah-buahan. Al-maklumlah aku ni tak punya banyak ilmu tentang nutrisi. Jikalau korang nak tau berapa banyak Kalori dalam makanan harian korang terutamanya makanan di Malaysia dari nasi, ayam, ikan, kuih-muih, air minuman dan sebagainya, korang boleh layari www.cekodok.com dikelola oleh Kevin Zahri.

Okay, tak nak cerita panjang lebar lagi, ayuh kita tengok gambar buah-buahan menarik yang bakal dipaparkan. 



Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Telur Dibasuh Goreng

Untuk pengetahuan korang telur adalah sumber protein yang baik untuk badan namun jika diambil secara berlebihan makan berlebihan lah berat badan anda tetapi tidak termasuk mereka yang jenis makan banyak tapi badan tak naik-naik jugak. Haih! bertuahnya. 

Bagi orang bujang seperti aku yang masih lagi tinggal menyewa bersama kawan-kawan yang semestinya di rumah bujang pastinya telur goreng menjadi pilihan untuk dimakan kerana kos yang murah lagi sedap. Apa yang aku perasan adalah, jika makan nasi bersama hanya telur goreng mungkin ditambah bersama kicap mesti orang akan cakap ini makanan orang yang mempunyai bajet rendah. Yes! aku akui ini gaya orang berjimat namun jikalau korang perasan kalau menu-menu lain seperti burger, char kuey teow, roti canai dan lain-lain, jika ditambah telur ia akan jadi sangat istimewa seperti burger special, char kuey teow special dan sebagainya. 

Okay. aku nak kongsi gambar telur goreng yang sedap mata memandang apatah lagi ketika menikmatinya kan? Confirm lah Telor Dibasuh terliur tengok entry aku kali ini. HAHAHA! 


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Thursday, September 15, 2011

Mari Lihat Nora Danish Di Titi Gantung Terpanjang Di Dunia


Cerita terkini tentang Nora Danish yang kini mula didampingi oleh lelaki VIP. Baru je dapat cerita ini sebentar tadi ketika godek-godek internet. Sebelum cerita ini jadi panas baik aku post dulu kan? Gambar Nora Danish dan lelaki Vip Tersebut diambil ketika pasangan itu melawat ke sebuah titi gantung yang terpanjang di dunia. Sebelum itu mari kita lihat dahulu titi gantung tersebut yang terletak di Canada.



Ilusi : Gambar Yang Berilusi


SILA LIHAT DAHINYA SELAMA 30 SAAT 

Wednesday, September 14, 2011

Perkahwinan Dato Sani Salleh 10/10/10

Ini Adalah Entry Dari Blog Lama Aku. 


Ketika aku berada di stesen bas seksyen 17 Shah Alam aku terpandang la kaunter tiket SANI EXPRESS. So, aku pun mula teringat la pasal kes bas dia accident. Pastu pernah terbaca pulak pasal kekayaan die. Bawak Ferrari no plate WQL 1. kaya giler. Pastu ade pulak Wisma Sani kat Klang tu. huiihh daysat die ni...




Ape lagi, cam biase kalo bosan2 godek2 la internet . Rupa2nya beliau pun kahwin pada tarikh yang sama dgn sheikh muzaffar shukor. Ni dia gambar die kahwin kat Masjid Kristal Kuala Terengganu.


Kuala Lumpur to Hatyai & Danok 3 Days 2 Nights Tour Package

Okay sebenarnya aku ada banyak buat side project. Terutamanya dalam industri pelancongan kerana aku mempunyai kerja sambilan sebagai pemandu pelancong sepenuh masa. Maknanya aku bekerja dengan pelbagai agensi pelancongan kat Malaysia sebagai pemandu pelancong. Sumber pendapat utama aku adalah sebagai pemandu pelancong lah secara teorinya. Selain dari tu aku ada juga lah buat pakej melancong kepada kawan-kawan. Selain dari itu aku pun ada attach dengan satu travel agent untuk bahagian pemasaran. So, kepada korang kalau ada sesiapa yang nak pakej pelancongan aku boleh buatkan untuk korang sebenarnya. Untuk maklumat lanjut nanti boleh layari http://www.mytourguidemalaysia.com atau boleh contact direct sahaja kat email aku. Dari situ kita boleh terus berhubung melalui BBM dan no telefon. tapi request dulu la ye. :-)

Okay ini ada pakej untuk ke Hatyai pada 1 - 3 Oktober 2011 ini. organize by our team. Lamia travel Consultant. Kami adalah sekumpulan pemandu pelancong Malaysia yang kini aktif untuk memartabatkan industri pelancongan di Malaysia ini. Kami sekarang lebih ke Outbound (lawatan luar negara) dan Adveture Tourism. Boleh klik sini untuk info tentang Lamia Travel Consultant. Selain dari itu anda boleh follow kami di Facebook dan Twitter

Untuk Maklumat Lanjut Boleh KLIK DI SINI 

Review : Blackberry Bold Touch 9900

http://www.kaio.my on Bold Touch 9900

Blackberry Bold 9900 memang salah satu peranti mudah alih yang sangat hebat.! Setelah sekian lama jenama Blackberry berada di dalam pasaran dunia, ia masih lagi dapat mempertahankan reputasinya sebagai smartphone. Walaupun dihujani dengan pelbagai persaingan dari jenama-jenama lain yang menawarkan peranti yang maha hebat, ternyata blackberry berada di dalam kelasnya yang tersendiri. 

Blackberry Bold 9900 yang kini didatangi dengan design yang menarik didatangkan dengan paparan skrin yang besar malah pengalaman menaip menggunakan keypad nya juga amat menyeronokkan. Didatangkan dengan prosessor 1.2BHz , skrin sesentuh berovolusi tinggi, Sistem OS7 yang baru serta rakaman video HD memang dinanti-nantikan oleh penggemar peranti mudah alih masa kini.

Hati-hati apabila bersin

Fakta! Bersin bergerak dengan halaju 160-320km/j.! Yes. Serius SHIT ! Itulah fakta dan kerana itu jugalah apabila bersin anda akan ditemani satu perasaan yang Serius SHIT ! Tapi pastikan jangan over serius SHIT seperti gambar animator gif di bawah. 

Iklan Rokok

Bahaya yang bakal dihadapi oleh para perokok adalah amat tinggi kerana bakal mendatangkan pelbagai penyakit kepada si perokok serta '2nd smoker'. Memang pihak kerajaa Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk menangani perokok-perokok di Malaysia. Namun, jika korang nak tahu, perokok adalah antara PENYUMBANG EKONOMI MALAYSIA kerana cukai yang dikenakan ke atas rokok. Well, korang rasa kerajaan nak lupuskan terus ke rokok di Malaysia ? Renung-renungkanlah sambil nikmati iklan-iklan anti rokok di bawah. 


Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh 

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...