Showing posts with label OK Serius. Show all posts
Showing posts with label OK Serius. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Pengemis Berlakon Sakit Meraih Simpati Di China

Jika dilihat dari entry kali ini di mana sepasang pengemis dari china berlakon sakit meraih simpati untuk meraih wang dari penderma. Situasi ini mungkin berlaku kerana kepadatan penduduk yang tinggi di China sehinggakan mereka harus mengemis untuk mendapatkan wang. Ini baru yang berlaku di China. Jika dilihat pula di Malaysia aku percaya mesti ada antara korang pernah dihampiri oleh kanak-kanak yang kononnya dari rumah anak yatim. Mereka akan meminta derma mingikut kadar minimum dan ada resit sekali. Jika tidak mereka akan berkata "dermalah seikhlas hati" tanpa memberikan resit. Aku bukan taknak bagi tapi bila sekali bagi datang lagi. Dah macam sindiket menda ini. Tah ada malaun lahanat manalah yang mempergunakan kanak-kanak ini. patut bagi potong kaki melaun sindiket ni bagi anjing makan. pastu suruh diorang mintak sedekah. 

Tak cukup dengan itu lagi. ada jugak yang buta pun sama sindiket. aku pernah lepak makan dekat ampang ade orang buta datang dekat aku sambil dipimpin pasangannya. aku hulur la niat sedekah. then aku pergi lepak pulak kat tempat lain yang agak jauh. HAIk?? ada kat sini pulak.? Korang nk best. korang lepas in pergi ikut diorang ini. tengok sikit naik kereta apa. aku taknak cakap. korang sendiri tengok. 




Kemalangan Di Persimpangan Maut TTDI Jaya Shah Alam

Pada hari Ahad yang lepas pada 25hb September, berdekatan dengan Politeknik Shah Alam, satu kemalangan telah berlaku di mana melibatkan sebuah penunggang motosikal dan sebuah kereta iswara aeroback LMST. Penunggang motosikal adalah lelaki dan mangsa yang menaiki kereta adalah perempuan. Dua orang kalau tak silap. Kerana masa aku sampai aku masih terlihat dua orang mangsa masih di dala kereta. Punca kemalangan dari pemerhatian aku adalah berpunca dari langgar lampu merah. Tetapi aku tidak pasti siapa yang bersalah samada motor ataupun kereta yang melanggar lampu merah tersebut. Dari gambar yang bakal dipaparkan ini aku rasa korang boleh agak bagaimana kemalangan ini berlaku. Ohya. di persimpangan ini juga digelar persimpangan maut kerana banyak kemalangan pernah berlaku di sini. 

p/s: jangan langgar lampu merah. 


Kemalangan Ngeri Di China

Kemalangan ngeri ini berlaku di China tapi aku tak ingat di daerah mana. Dan kalau tak silap aku kemalangan ini pun dah lama berlalu. Dan aku tak dapat nak cari sumber yang sahih bagaimana kemalangan ini berlaku dan adakah mangsa terselamat dari maut. Dari apa yang aku perhatikan situasi ini memang agak mengerikan dan gayat gila. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Cuba bayangkan korang kat situasi seperti di dalam gambar di bawah. Apa perasaan korang?


Saturday, September 10, 2011

Kemalangan Porche Dan Seekor Burung Pada Kelajuan 250km/j


Sudah menjadi satu perkara biasa di dada-dada wanita akhbar tentang berita kemalangan jalan raya. Walaupun betapa efisyen nya pihak perasuah polis menjalankan tanggungjawab terutamanya ketika OPS sikap, masih tidak mampu untuk membendung kemalangan jalan raya yang berlaku. Pucuk pangkalnya adalah mentaliti dan sikap pemandu di Malaysia sendiri yang bawah kereta macam jalan-raya tu mak bapak diorang je yag bayar cukai selain dari SIKAP pemandu itu sendiri. 

Okay, Kita sudah biasa mendengar kemalangan jalan raya antara kereta dengan motor, kereta dengan lori dan macam-macam lagi lah yang aku pasti korang semua memang sudah sedia tahu. Tapi bagaimana pula kalau kemalangan melibatkan KERETA DAN BURUNG ? 



Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh

Thursday, September 8, 2011

Jangan Beli Buah Kiwi Dari China

Dapat lihat wanita di atas ini ibarat memandikan buah kiwi? Oh tidak-tidak dia sedang merendamkan buah kiwi tersebut ke dalam cecair kimia untuk membantu pembesaran buah kiwi tersebut. Tempat yang dikenali sebagai halaman kepada Zhouzhi Kiwi, buah kiwi di sini bergantung kepada cecair kimia dalam proses penanam kiwi di sini. Pada tahun 2010 Zhouzi Kiwi telah merangkumi kawasan lebih kurang 30.7 hektar dan mengeluarkan sebanyak 250,000 tan. Untuk pengetahuan korang semua, hampir 90% petani di sini menggunakan cecair kimia ini dalam penanam kiwi mereka. So, apakah kesannya jika menggunakan cecair kimia ini dalam penanam kiwi? Ayuh! Klik Untuk Laporan Penuh.



Wednesday, August 24, 2011

Pengkebumian Ketua Mafia Taiwan Lee Chao-hsiun

Ketika pengkebumian salah seorang taiko Mafia di Taiwan iaitu Lee Chao-hsiung telah menghimpunkan lebih dari 20,000 orang termasuklah para gengster dan ahli politik senior (tak pasti pulak kalau ahli-ahli pekida ranting taiwan dijemput ke tak.LOL) Di sana sebanyak 108 buah kerta limosin hitam digunakan untuk upacara tersebut. Dan nombor 108 itu dipilih kerana mempunyai simbolik kepercayaan Chinese Buddhism. Lee Chao-hsiung mati kerana penyakit barah. For your information dia telah menyumbangkan sebanyak $3 juta kepada pelbagai Charities di sana. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Walaupun dia ni adalah taiko Mafia sekurang-kurang nya dia ni takde lah nak recruit budak-budak sekolah untuk join gengstresime dia. Aku pun tak pasti samada dia ni ade tak cabang-cabang ataupun nombor-nombor tertentu untuk melambangkan kumpulan dia. Dan tak pasti pula kumpulan gengster dia ni menggunakan simbol-simbol gerak tangan jari jemari bahasa orang bisu untuk menunjukkan ke'taiko'an mereka. Tanya lah kumpulan Gengster di Malaysia ni. Ada tak link ke taiwan. LOL.

p/s: Post ini menulis dengan nada SINIS dan HUMOR ! sesiapa terasa maaflah. penulisan berdasarkan isu semasa juga. TRIMAS.! 


Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...