Showing posts with label OK Info IT. Show all posts
Showing posts with label OK Info IT. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Cara Untuk Tukar Perkataan "Read More"



Apabila mendapat comment ini di shoutbox by Armz. So, aku pun mula la menggodeh macam mana lah nak tukar perkataa "Read More" tu kepada "Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh". Aku ingat ke susah la sangat sebab aku dalam mood malas nak cari coding sebenarnya. Walhal ada cara yang lebih mudah nak tukar. Terima kasih satu kali lagi sama Armz. hehehe! 

Pergi kat blog korang, Design -> Edit Blog Post. 


Tukar sahaja perkataan kat situ mengikut kehendak korang. Settle. !



Monday, September 12, 2011

Mari Semak Berat Blog/Website Kita.

Sebagai blogger hingusan yang baru nak bertapak dalam bidang blog ini, aku memang memerlukan  kerajinan untuk blogwalking. Bukan setakat blogwalking sahaja tetapi harus disertakan sekali entry-entry baru yang menarik agar dapat menarik followers baru ke blog aku yang amat sederhana dan hingusan ini. Namun aku pun menemui kesukaran ketika blogwalking di mana masih ramai antara bloggers yang mempunyai blog yang amat berat untuk load. Sedih weyh bila aku nak baca entry korang pun tak dapat.(ayat manis. ceyt! ) Walaupun Speed Internet aku adalah seperti di bawah, namun kelembapan blog untuk load menjadi pengahalang untuk aku membaca dan melawat blog-blog di luar sana.

ini je speed internet aku. tak laju pun. 

Antara punca kenapa blog mereka sangat-sangat lah lambat untuk load kerana mereka meletakkan pelbagai widget di blog mereka. Banyak yang aku belajar di mana sebagai blogger, mereka harus memastikan blog mereka kemas dan ringan agar pelawat dapat access sepenuhnya isi blog korang. Jika tidak mereka tanpa segan-silunya memangkah dan berlalu pergi dari blog kita. Okay. kalau korang nak tau load speed korang sesuai ke tak, korang boleh check dekat sini :-

iWebTool - Website Speed Test
Pastikan saiz website korang tidak melebihi 120KB jikalau tidak bye-bye lah. Saiz yang ideal untuk susuk tubuh blog adalah di bawah 100KB. Tapi blog aku gemok sikit lah.


So, kepada korang yang nak check website korang silalah ke iWebTool untuk mengetahui BMI blog anda. So, kalau agak-agak blog korang dah oversize tu pandai-pandai lah kurangkan widget yang tak perlu.


.

Thursday, September 1, 2011

Blogger New Interface

Okay sekarang ni google dah memperkenalkan interface baru untuk blogger. Well, aku dapat info ni pun dari Amanz.my , so aku pun try la. bagi aku memang agak menarik lah interface yang baru ni. Tapi biasa lah mula-mula memang la rasa janggal sikit kan. Biasa lah tu, Jadi kat bawah ni ade serba sikit screen capture aku punya blogger akaun. apa? follower aku sikit? ah. lantak lah. suka hati aku la. biarlah korang punya blog lagi ramai follower apa aku kisah. hahha! lagipun blog yang aku baru buat balik. 

Ni interface blogger yang lama, jadi kalau nak tukar tengok kat atas tu aku dah bulatkan merah


Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...