Wednesday, September 28, 2011
International Passport Renewal
Okay. Live blog from immigration shah alam. Going to singapore tomorrow morning. I might not be able to update my blog for a while. I'll be back next week.
Pengemis Berlakon Sakit Meraih Simpati Di China
Jika dilihat dari entry kali ini di mana sepasang pengemis dari china berlakon sakit meraih simpati untuk meraih wang dari penderma. Situasi ini mungkin berlaku kerana kepadatan penduduk yang tinggi di China sehinggakan mereka harus mengemis untuk mendapatkan wang. Ini baru yang berlaku di China. Jika dilihat pula di Malaysia aku percaya mesti ada antara korang pernah dihampiri oleh kanak-kanak yang kononnya dari rumah anak yatim. Mereka akan meminta derma mingikut kadar minimum dan ada resit sekali. Jika tidak mereka akan berkata "dermalah seikhlas hati" tanpa memberikan resit. Aku bukan taknak bagi tapi bila sekali bagi datang lagi. Dah macam sindiket menda ini. Tah ada malaun lahanat manalah yang mempergunakan kanak-kanak ini. patut bagi potong kaki melaun sindiket ni bagi anjing makan. pastu suruh diorang mintak sedekah.
Tak cukup dengan itu lagi. ada jugak yang buta pun sama sindiket. aku pernah lepak makan dekat ampang ade orang buta datang dekat aku sambil dipimpin pasangannya. aku hulur la niat sedekah. then aku pergi lepak pulak kat tempat lain yang agak jauh. HAIk?? ada kat sini pulak.? Korang nk best. korang lepas in pergi ikut diorang ini. tengok sikit naik kereta apa. aku taknak cakap. korang sendiri tengok.
Kemalangan Di Persimpangan Maut TTDI Jaya Shah Alam
Pada hari Ahad yang lepas pada 25hb September, berdekatan dengan Politeknik Shah Alam, satu kemalangan telah berlaku di mana melibatkan sebuah penunggang motosikal dan sebuah kereta iswara aeroback LMST. Penunggang motosikal adalah lelaki dan mangsa yang menaiki kereta adalah perempuan. Dua orang kalau tak silap. Kerana masa aku sampai aku masih terlihat dua orang mangsa masih di dala kereta. Punca kemalangan dari pemerhatian aku adalah berpunca dari langgar lampu merah. Tetapi aku tidak pasti siapa yang bersalah samada motor ataupun kereta yang melanggar lampu merah tersebut. Dari gambar yang bakal dipaparkan ini aku rasa korang boleh agak bagaimana kemalangan ini berlaku. Ohya. di persimpangan ini juga digelar persimpangan maut kerana banyak kemalangan pernah berlaku di sini.
p/s: jangan langgar lampu merah.
Kemalangan Ngeri Di China
Kemalangan ngeri ini berlaku di China tapi aku tak ingat di daerah mana. Dan kalau tak silap aku kemalangan ini pun dah lama berlalu. Dan aku tak dapat nak cari sumber yang sahih bagaimana kemalangan ini berlaku dan adakah mangsa terselamat dari maut. Dari apa yang aku perhatikan situasi ini memang agak mengerikan dan gayat gila. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Cuba bayangkan korang kat situasi seperti di dalam gambar di bawah. Apa perasaan korang?
Luangkan Masa Dengan Kepelbagaian Mimik Wajah
Aku percaya ada antara korang ni jenis yang akan meluangkan masa berjam-jam lamanya di hadapan laptop atau pun komputer dan kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Kalau si kaki blogger memang korang ni kerjanya blogwalkinglah kan. Dan tak kurang juga ada antara korang ni jenis kalau kat facebook tu. duk refresh lah beberapa kali nak tengok ada tak notification baru. Forever alone nya. LOL.! okay. Ini aku ada idea tok korang. apa kata korang buat macam kat bawah ini. berdasarkan watak kartun tu, korang buatlah mimik muka yang sama. amacam? ade beran? nak tengok lagi lain-lain ekspressi boleh klik ke laporan penuh di bawah.
Model Catwalk Yang Fail!
Aku nak share dengan korang gambar-gambar model catwalk yang fail. Dimana gambar-gambar ini menunjukkan model catwalk ini terjatuh ketika melakukan catwalk. Ada yang tersalah langakah dan tidak kurang juga yang mengahadapi masalah teknikal yakni kegagalan kasut untuk berfungsi dengan baik iaitu tumit kasut patah etc. Maybe gambar ini pun dah lama kan, so aku just nak kongsi dengan korang je la. sekadar untuk menghidupkan sikit blog ni. LOL. okay. enjoy lah ye.
p/s : mood aku cam sial sekarang sebab roomate aku ni kaki dengkur kuat sial! pasni aku nak interview nest roomate aku "KAU BERDENGKUR TAK?"
Sunday, September 25, 2011
Kalendar 2012
Tahun 2012 bakal menjelma so, kat sini aku akan bagi korang kalendar 2011. Selain dari itu aku berikan sekali kalendar cuti sekolah 2012 khusus untuk ibu bapa untuk merancang percutian keluarga di samping itu tidak lupa juga kalendar cuti umum Malaysia 2012. Semoga untuk tahun 2012 yang akan datang ini akan mendatangkan 1001 satu keindahan dan kebahagian untuk korang. Diharap entry awal kalendar 2011 ini akan dapat membantu korang mencorak perjalanan kehidupan korang.
p/s: dah prepare ke azam baru?
Anda boleh baca laporan penuh untuk tarikh cuti sekolah 2012 dan tarikh cuti umum malaysia 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






