Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog ini adalah idea asal penganjurnya iaitu saudara Khairul Zamri. Aku notis benda ni masa aku tengah saja-saja search nama "kaio dot my feed url" terkeluar pula benda kat bawah ni. Aku pun pelik lah apa benda rupanya ni. aku pun klik lah.
Tanpa aku melengahkan masa lagi aku gerakkan mouse wireless aku terus ke tajuk di atas dengan ingin melihat apakah geranganya situasi yang sedang berlaku ini. Siapalah yang duk sebut-sebut nama blog aku ini. cuak beb mula-mula. Lepas aku bukak je. baru la aku tau rupa-rupanya aku tersenarai dalam blog saudara Khairul Zamri ini untuk edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog dan aku tersenarai sebagai calon yang ketiga untuk Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog oleh saudara Khairul Zamri ini. Terima kasih lah kepada beliau kerana sudi menjelah ke blogku yang baru tanam benih jagung ini sebuah blog yang masih dianggap sebagai blog budak hingusan. Korang nak dijelajahi ? Sila baca laporan penuh ye.
Dari pandagan aku apa yang aku dapat lihat kesan dari Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog ini adalah :
- Dapat menambah kenalan.
- Mempelajari cara-cara blogger lain menyampaikan sesuatu pandangan atau fakta.
- Menambah pengalaman dengan menjadikan sebuah aktiviti blogwalking lebih berkualiti kerana adanya backlink dan feedback.
- Nescaya jika korang mengamalkan cara Edisi Jelajah 100 Blog ini korang akan secara semulajadi terlatih untuk mengamalkan blogwalking yang berkualiti seperti ini.
- Bukan hanya blogwalking seperti sampah yang hanya mengejar backlink tidak berkualiti dan mengejar follower. Percayalah. jika blog korang bagus loyal reader akan senantiasa menanti setiap entry korang.
- Makin ramai yang buat Edisi ini semakin tinggi rangking blog-blog yang blogwalking dan dijelajahi kerana pasti adanya backlink yang berkualiti.
Apa itu Edisi Jelajah 100 Blog ? Edisi di alam maya ini dilancarkan oleh saudara Khairul Zamri (Berdasarkan nama blognya). Edisi ini mudah sahaja jika korang punya masa dan juga komitmen untuk melawat satu blog satu hari dan memberi sedikit review tentang blog yang anda lawati itu.
Satu langkah bernas lagi bijaksana dari Saudara Khairul Zamri dengan melancarkan Edisi Jelajah 100 Blog selama 100 hari ini kerana di samping dapat menambah kenalan di kalangan bloggers, ia dapat juga membantu kita untuk melihat dan belajar dari bloggers lain cara mereka menyelenggara blog mereka. Cara-cara yang mudah sahaja untuk bersama menyokong Edisi Jelajah 100 Blog selama 100 hari ini.
Korang hanya perlu :
- Jelajah satu blog sehari
- Komen pada entry terkini
- Follow blog tersebut
- Nyatakan kepada mereka Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog
- Updated list blog anda telah Jelajah dan Follow.
- Orang yang dikunjungi dan menerima komen sebagai tanda blognya telah di Jelajah, haruslah kunjungi semula blog mereka dan berbuat perkara yang sama seperti di atas.
- Anda komen, anda dapat komen. Anda follow anda dapat follower. Anda kenal orang, orang kenal anda.
Maklumat lanjut tentang Edisi Jelajah 100 Blog | 100 Hari Berblog Klik Di Sini.
Facebook page di mana blog yang dilawati akan di 'auto ping' secara percuma selama-lamanya Klik Di Sini
Untuk Twitter pengajur sila Klik Di Sini
Facebook page di mana blog yang dilawati akan di 'auto ping' secara percuma selama-lamanya Klik Di Sini
Untuk Twitter pengajur sila Klik Di Sini




1 comments:
hmm blogwalking penting untuk promote blog :D
Post a Comment