Wednesday, September 21, 2011

Persidangan Blogger - SENYAP (Social Enforcement For National Youth Awarness Program) PART 2

Persidangan Blogger - Senyap (Social Enforcement For National Youth Awareness Program ini telah berlangsung di Bilik Rendang Redang di PWTC (Putra World Trade Center). Program Senyap ini telah dianjurkan oleh ITYM iaitu Information Technology Youth Movement sebuah badan NGO belia yang ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah Kementerian Belia Dan Sukan serta dinaungi oleh IPPBM (Institue Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia)

Program SENYAP ini dianjurkan demi meningkankan intelektual para belia malaysia khususnya agar dapat melahirkan pemimpin-pemimpin berkaliber suatu masa nanti. Namun untuk siri pertama SENYAP ini kumpulan pertama yang disasarkan adalah dari kalangan blogger. Ini kerana informasi kini pantas tersebar terutamanya di dunia internet. Malah jika sesuatu isu itu tidak diolah dari sumber yang benar, ia boleh menjadi satu fenomena yang boleh mengkucar-kacirkan negara. Ternyata bukti telah sahih lagi benar kerana sudah ada blogger yang mengeluarkan sesuatu fakta dan menjadi isu hangat suatu ketika dahulu. 



Berbalik kepada program SENYAP , objektif utamanya adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna internet Malaysia yang rata-ratanya adalah golongan belia. Mereka akan diterapkan dengan kesedaran agar beretika menggunakan internet. Langkah ini sejajar agar golongan masa hadapan tidak akan menggunakan kepakaran ke jalan yang sesat salah dengan menggodam server kerajaan sebagai contoh. Kemahiran mereka berguna untuk pembangunan negara Malaysia kelak jika disalurkan ke saluran pembentungan yang betul. 

Mungkin mereka rasa suara mereka tidak didengari oleh pihak kerajaan namun hanya dengan menggunakan saluran yang betul, nescaya suara mereka akan didengari badan tertentu yg berkenaan untuk tindakkan selanjutnya. Ini terbukti dengan wujudnya ITYM (Information Technology Youth Movement) melalui program  SENYAP, ia adalah satu saluran yang betul bagi para belia meluahkan pendapat ataupun ketidakpuasan.  Seperti yang diperkatakan tadi kumpulan sasaran pertama adalah blogger namun untuk masa hadapan, kumpulan sasaran lain seperti pemuzik, peminat sukan lasak, peminat fesyen, peminat masakan, dan pelbagi lagi kumpulan akan dikumpulkan dalam satu program untuk pembangunan belia kelak. 

Sebuah wawancara yang akan diterbitkan di YTV.MY sebuah hub perkonsian video untuk program belia. 

Selain dari itu wakil dari IPPBM (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia) juga turut datang ke program bagi menyokong program yang dijalankan, para ahli persidangan (chewah!) tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya mereka membawa pulang sijil sebagai ahli persidangan program SENYAP 1.0 kerana selain memberi penerangan tentang objektif badan NGO Belia, ia juga membuka peluang kepada para ahli persidangan berkongsi buah fikiran agar dapat memantapkan lagi struktur pembangunan belia di Malaysia dari sudut perspektif sebagai pengguna internet di Malaysia khususnya blogger. 

Selain dari itu sebuah portal perkongsian maklumat di internet untuk golongan belia juga sedang dibangunkan dan bakal siap sepenuhnya sedikit masa lagi. sebuah portal yang diberi nama Vyrec (Virtual Youth Resource Center) di mana segala maklumat boleh didapati di sini. 

Penganugerah sijil kepada ahli persidangan (sedap tak bunyinya? HAHA)


Selain dari itu program ini juga boleh mengeratkan lagi silaturahim para blogger di Malaysia walaupun aku bukanlah seorang blogger tegar. Namun ia satu perkembangan positif serta sihat untuk belia Malaysia. Harapan aku pada masa hadapan supaya program ini akan berkembang ke kumpulan sasaran yang lain dan setiap kumpulan sasaran akan menetapkan halatuju mereka untuk bergiat dalam kumpulan mereka untuk memartabatkan ekonomi di Malaysia dan kemakmuran Negara Malaysia. 

SENYAP 1.0 (Shhhh...~) 
KAIO ketiga dari kiri. #LOL (O_O)

Senarai Blogger Yang Terlibat Ketika Persidangan Ini.




Sumber diolah dari link di bawah :
p/s: Untuk membaca part 1 sila klik :  




9 comments:

yusenze said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lambat update ni.. hahha..
nice info.. program SENYAP yang kecoh.. hahha..

NiGhTiNaNgLe_FARA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lalalalalalalalalalalalalalalallalalallalalalaalalalalalalalalalalallalalalal...........

saje je..hahak..
tak tahu nak kumen ape lol

Ezad Skytech said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rasanya masa persidangan ni semua tak SENYAP kan...heee~

bella luna said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah,gara2 tak de teman nak pergi,akhirnya aku tak join SENYAP,..rugi2,makan besar yea korunk mlm tu,.jeles2,

enEnfeeL said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aisyhhh..sgt rugi tak pi :(

Nizam Ijam said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rasa nak join lak.....hehee :D

Elie Lily said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pasti kah senyap? hahah

→![N.I.N.A]!←™ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

senyap yang gempak :D

Kaio said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

SENYAP ni memang gempak. dan kalau korang lepas ni nak join jangan risau. ade lagi bakal dibuat.

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...