Lipatan tuala yang kreatif ini mengingatkan aku ketika aku masih menuntut di kolej di mana aku ada mengambil subject restaurant operation. Di mana operasi restoran akan berkonsepkan fine dining. Maka persekitarannya ala-ala hotel lah. Batch aku adalah yang pertama merasmikan kitchen dan fine dining baru di kolej aku. Apa yang aku ingat kami harus belajar cara-cara melipat napkin ternyata ada pelbagai lipatan, dan lipatan tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dan ia juga bergantung pada tema fine dining itu sendir. Apabila aku tengok lipatan tuala yang kreatif ini aku rasa macam nak share sebab bagi aku amat menarik. Memang ada lipatan sebegini di hotel-hotel. Namun ia akan dilipat mengikut tema biasa nya untuk hotel mewah ataupun jenis untuk pasangan yang sedang berbulan madu. Tapi gambar-gambar katbawah ini aku rasa tetamu dia yang buat sendiri. takde kerja.
Showing posts with label OK Cool. Show all posts
Showing posts with label OK Cool. Show all posts
Sunday, September 25, 2011
Apa itu Skydiving ?
Maksudnya Skydiving adalah mudah iaitu terjun bebas di udara. Para penerjun harus keluar dari kapal terbang dan menjunam ke bumi. Namun, ketika untuk sampai ke bumi kamu akan meluangkan masa di udara dengan selama beberapa minit bergantung dari ketinggian mana kamu terjun. Namun para penerjun harus bersiap sedia dengan beg yang terisi dengan payung terjun jika tidak mampus kamu menyembab ke tanah. LOL! Okay, Sejarah bermulanya aktiviti terjun udara ini dimulakan oleh Andre-Jacques Garnerin yang membuat payung terjun dan berjaya dengan lompat dari belon udara panas.
Pertandingan awal payunh terjun ini dilancarkan ketika tahun 1930-an dan ia menjadi sukan antarabangsa pada tahun 1951. Sekarang aktiviti payung terjun ini dianggap sukan ekstrem. Jika kamu ingin mencuba apa salahnya. tengok gayat ke tak gayat. Lepas tu boleh korang buat formasi seperti gambar yang aku paparkan ini.
Apa Itu Pertandingan Rodeo ?
Pertandingan Rodeo ini berasal dari Amerika. Di mana ketika zaman popular wild wild west, Pertandingan Rodeo ini boleh dianggap sukan moden kamu tahu. Namun selepas era penguasaan budaya sepanyol mula meresap ke dalam budaya amerika yang klasik lagi tradisional, pertandingan ini menjadi semakin komersial di mana perkakas untuk seorang rider rodeo ini juga bergerak maju seiring dengan pertembungan dua budaya. Lihatlah dari segi pemakaian cowboy mereka diterap unsur-unsur sepanyol. Jika di Sepanyol mereka popular dengan sukan tradisi laga lembu maka di amerika mereka memperkasakan sukan rodeo.
Sudah ramai sebenarnya rider Rodeo ini maut ketika menjadi rider rodeo ini. Ada yang dirodok oleh lembu ganas ini ada yang tulangnya patah-riuk dek penangan lembu mengfila ini. Jika kamu seorang rempit sejati. Kenapa tidak mencuba menjadi rider untuk rodeo. Maka aku akan tabik spring pada kamu! Sayangi nyawa. Jangan biarkan dirimu mampus di jalanan..
Friday, September 23, 2011
Apa Itu Masquerade Ball ?
Mula dilihat kewujudannya di Italy sekitar kurun ke-15. Masquerade Balls adalah satu kostum popular ketika festival yang diadakan di venice suatu ketika dahulu. Fenomena in imula berkembang pesar dari golongan atasan hinggalah golongan pertengahan dalam durasi kurun ke-16 di Italy. Namun fenomena ini semakin meluas sehingga ke eropah pada kurun ke-18. Okay. aku malas sebenarnya nak tulis ni. haha. korang pi baca kat wiki untuk maklumat lanjut. Aku cuma nak share gambar-gambar ini sebab aku sekarang tengah sibuk mencari quotation untuk masquerade ball decoration.
Tengkorak Berlian Yang Bernilai USD 100 Juta
Seorang pengukir Damien Hirst telah mengukir sebuah tengkorak berlian yang diberi nama For the Love of God pada tahun 2007. Tengkorak berlian ini juga telah menggunakan platinum sebagai kerangkanya (bukan ahli platinum untuk perniagaan MLM ye) dan juga lebih kurang 8,601 butir berlian termasuk berlian merah jambu berbentuk pear di dahi tengkorak berlian ini. Ternyata kos untuk membuat tengkorak berlian ini mencecah hampir 14 juta pound sterling. Korang convert sendiri aku malas. HAHA! Kemudian tengkorak berlian ini dipamerkan di pameran yang diadakan di White Cube Gallery, London. Ura-ura mengatakan bahawa tengkorak berlian ini dibida sehingga 50 juta pound sterling. Ape ke dehal kalau nak compare dengan cincin 7 juta yang korang duk canang-canang dalam blog suatu ketika dahulu. Sampai kecoh satu Malaysia. LOL. okaylah enjoy lah korang tengok gambar tengkorak hang berlian ini.
Thursday, September 22, 2011
Manusia Alien - Progeria
Apa korang sangka harus jadi seorang yang cantik untuk jadi model yang unik? Apa korang rasa perlu mempunyai wajah eksotik untuk terasa unik. Apakah korang rasa sudah cukup itu semua. Ternyata model lelaki yang unik ini mempunyai bukan setakat wajah tetapi bentuk badan yang unik dek keana ia seolah-olah berbentuk Alien.
Usah gusar wahai pembaca sekalian. Ternyata gejala ini berlaku oleh kerana sejenis penyakit yang digelar Progeria yang bermaksud penuaan pramatang ketika muda. Jangan korang sangka ini adalah sejenis mutan yang korang lihat dalah cerita X-men. Ternyata mereka yang mengidap penyakit ini tidak ramai yang hidup sehingga umur 40-an. Rata-rata mereka yang mengidap penyakit ini mati seawal umur belasan tahun dan segelitir sahaja menemui ajal ketika berumur 20-30an. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yg dikurniakan kepada korang. Jadi model yang dipaparkan dalam entry ini bernama Botha dan kini berumur 24 tahun tiada siapa tahu berapa lama dia dapat hidup. Tapi serius weyh. macam Alien. =.=
UPDATE on 23rd September 2011 !!
thanks to http://hanheebum.blogspot.com/ for the info.
reference URL : http://en.wikipedia.org/wiki/Leon_Botha
reference URL : http://en.wikipedia.org/wiki/Leon_Botha
Katil Emas Yang Bernilai USD676,550
Jika di blogserius ada post tentang Tata Nano termahal di dunia yang bernilai USD 4.3 juta dan Telefon bimbit paling mahal di dunia rekaan yves behar, kat sini aku nak share dengan korang katil emas pula.
Katil Emas Yang bernilai USD676,550 ini disaluti dengan emas 24 karat selain diberi sentuhan Swarovski Crystal untuk menambat hati peminat-peminat yang meminati kilauan yang memposeonakan. Katil emas ini juga dilengkapi dengan pemain DVD/Blu-ray, sistem bunyi BOSE, sambungan internet dan Pioneer PDP LX-5080W edisi TERHAD yang disaluti oleh emas. Selain dari itu ia juga dilengkapi alat kawalan Busch-Jaeger, tilam air dan alat kawalan jauh. Kalau aku dapat Tilam ini memang aku akan menulis blog macam bos, tidur macam raja dan menonton cerita yang aku download secara haram di internet mengalahkan menonton wayang d gold class ataupun premium class di panggung wayang sekitar Malaysia. Apa kelas.!
Wednesday, September 21, 2011
Kreativiti Tanpa Batasan
Okay. Kreativiti Tanpa Batasan. Kreativiti tanpa batasan memang amat-amat diperlukan ketika zaman generesi Y yakni belia-belia kini harus lebih kreatif bahkan lebih berdaya saing untuk maju dan berjaya dalam kehidupan, karier mahupun pelajaran. Ternyata jikalau mempunyai kreativiti tanpa batasan nescaya ia akan membantu seseorang untuk lebih menonjol tak unik dari yang lain-lain. So, aku nak kongsi dengan korang sesuatu yang kreatif tanpa batasan.
Tuesday, September 20, 2011
Cover Album Yang Menarik
Cover Album Yang Menarik Cover Album Yang Menarik Cover Album Yang Menarik. Aku nak share dengan korang cover album yang menarik telah diolah semula agar menjadi lebih menarik lagi. Ternyata sesuatu cover album boleh menjadi lebih menarik setelah dieksploitasikan dengan sedikit eksperimentasi yang menarik serta kreatif maka terjadilah sebuah cover album yang menarik untuk tantapan korang semua.
Tentang Cover Album Yang Menarik ?
Monday, September 19, 2011
Fotografi Di Puncak Bangunan.
Khas kepada penggila fotografi yang tegar. Jikalau sekadar hanya ada DSLR anda hanya dikenali sebagai pemilik DSLR dan bukannya seorang peminat fotografer sejati #truth. Okay, jom kita tengok beberapa hasil seni dari fotografer tegar untuk mempelbagaikan lagi portfolio fotografi mereka. Kalau korang gayat usah cuba-cuba untuk meniru aksi ini. nanti kamu jatuh dan mati dalam keadaan yang perit dan memilukan serta seluar basah terkencing-kencing ketika saat kejatuhan kamu ke tanah.
Jika di Menara Berkembar Petronas kita boleh berbangga dengan bangunan berkembar terttinggi di dunia dan mempunyai skybridge yang boleh dilawati oleh pengunjung yang terletak di tingkat 41 dan 42. Namun tidak hairanlah skybridge di Menara Berkembar Petronas ini menjadi salah satu tumpuan pengunjung di Malaysia.
Okay, untuk entry kali ini aku nak cerita tentang Sears Tower yang terletak di Chicago. Ia popular dengan The Ledge At Skydeck Chicago. Di mana pengunjunga akan berdiri di dalam kotak kaca yang terkeluar dari bangunan tersebut. Lawatan akan diadakan di ketinggian 1,353 kaki dan terletak du tingkat 103. Damn! Our famous KLCC twin tower pun hanya 88 tingkat.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Labels:
OK Cool
Friday, September 16, 2011
Seni Rekaan Menggunakan Buah-buahan
Gaya pemakanan kebanyakkan orang di Malaysia khususnya adalah amat tidak sihat, kekurangan pengambilan buah-buahan dan lebih mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan yang telah diproses seperti burger, sosej, serta makanan "Fast Food" yang ternyata mempunyau kalori dan lemak yang tinggi. Untuk menyeimbangi diet, manusia harus mengambil makanan yang seimbang seiring dengan buah-buahan. Aku pasti ramai antara pembaca blog di sini tahu tentang khasiat buah-buahan dan memudahkan aku tidak perlu lagi membicarakan tentangnya. Sila ingat kembali kebaikkan setiap buah-buahan yang anda makan dan sila amalkan. nescaya kehidupan anda akan lebih baik.
Sebenarnya aku baru lepas makan buah pisang dan buah pear. Terdetiklah pula aku nak cari perihal tentang buah-buahan. Al-maklumlah aku ni tak punya banyak ilmu tentang nutrisi. Jikalau korang nak tau berapa banyak Kalori dalam makanan harian korang terutamanya makanan di Malaysia dari nasi, ayam, ikan, kuih-muih, air minuman dan sebagainya, korang boleh layari www.cekodok.com dikelola oleh Kevin Zahri.
Okay, tak nak cerita panjang lebar lagi, ayuh kita tengok gambar buah-buahan menarik yang bakal dipaparkan.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Telur Dibasuh Goreng
Untuk pengetahuan korang telur adalah sumber protein yang baik untuk badan namun jika diambil secara berlebihan makan berlebihan lah berat badan anda tetapi tidak termasuk mereka yang jenis makan banyak tapi badan tak naik-naik jugak. Haih! bertuahnya.
Bagi orang bujang seperti aku yang masih lagi tinggal menyewa bersama kawan-kawan yang semestinya di rumah bujang pastinya telur goreng menjadi pilihan untuk dimakan kerana kos yang murah lagi sedap. Apa yang aku perasan adalah, jika makan nasi bersama hanya telur goreng mungkin ditambah bersama kicap mesti orang akan cakap ini makanan orang yang mempunyai bajet rendah. Yes! aku akui ini gaya orang berjimat namun jikalau korang perasan kalau menu-menu lain seperti burger, char kuey teow, roti canai dan lain-lain, jika ditambah telur ia akan jadi sangat istimewa seperti burger special, char kuey teow special dan sebagainya.
Okay. aku nak kongsi gambar telur goreng yang sedap mata memandang apatah lagi ketika menikmatinya kan? Confirm lah Telor Dibasuh terliur tengok entry aku kali ini. HAHAHA!
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Wednesday, September 14, 2011
Iklan Rokok
Bahaya yang bakal dihadapi oleh para perokok adalah amat tinggi kerana bakal mendatangkan pelbagai penyakit kepada si perokok serta '2nd smoker'. Memang pihak kerajaa Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk menangani perokok-perokok di Malaysia. Namun, jika korang nak tahu, perokok adalah antara PENYUMBANG EKONOMI MALAYSIA kerana cukai yang dikenakan ke atas rokok. Well, korang rasa kerajaan nak lupuskan terus ke rokok di Malaysia ? Renung-renungkanlah sambil nikmati iklan-iklan anti rokok di bawah.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Tuesday, September 13, 2011
Langsir bilik air
Semenjak aku duduk di rumah banglo ini, bilik air aku sahaja boleh meletakkan katil bersaiz king sebanyak tiga biji. Besar tak rumah aku? (haha! aku poyo-poyo je sebenarnya). Aku hanya tinggal di rumah apartment tiga bilik yang terletak di pinggir ibu kota. Tidaklah besar namun selesalah untuk aku sekeluarga tinggal. Itu pun sudah memadai. Apa guna rumah gedabak besar namun sunyi sepi. Contohnya Rumah yang besar milik orang kaya namun masing-masing sibuk dengal hal masing-masing tanpa ada waktu untuk bersama keluarga. "Renung-renungkan dan selamat beramal.",Ustaz kat radio HOT.fm
Okay. dah melalut aku bercerekarama ni. Aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar langsir bilik air. Sangat WIN! okay. Kalau nak tengok mana yang WIN! Sila baca laporan penuh.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Rambut Bentuk Binatang
"Rambut adalah mahkota wanita" itulah lah slogan bagi salah satu produk shampoo yang ada di pasaran Malaysia kini. Pelbagai fesyen rambut dapat dilihat waktu kini dari potongan pendek dan kemas hinggalah panjang. Itu baru yang perempuan, belum tengok yang lelaki lagi. So, kat bawah ini aku nak share dengan korang fesyen rambut yang dihias-rias menjadi bentuk binatang.
p/s: rambut adalah aurat wanita muslim. (sekadar pesanan, ingat-ingatlah ye)
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Monday, September 12, 2011
Iklan Nike Yang AWESOME
Jenama Nike memang menjadi satu jenama yang tersohor di dunia terutamanya di dalam bidang sukan. Ternyata teknologi yang terdapat pada jenama Nike ini memang terbaik. Dengan rekaan yang simple dan menarik ia mampu menarik pandangan sesiapa sahaja termasuklah mereka yang suka menciplak kasut jenama ini. Walaupun membeli kasut ciplak ternyata keempukkannya tidak dapat menandingi yang asli. Ternyata ASPAL(Asli Tapi Palsu) tetap ketinggalan. Ini aku kongsikan iklan kasut jenama Nike.!
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Seni Menggunakan Garfu
Jikalau korang pergi beraya gi rumah teman-taman mahupun sanak saudara pastinya rumah mereka akan dihias dan rias cantik sempena menyambut bulan mulia syawal yang kini sedang menjelang dengan meriahnya. Dari susun atur perabotnya hinggalah ke pemakaian mereka. Dalam tanpa kita sedari ada antara mereka juga menukar set pinggan mangkuk serta sudu garfunya kepada set baru. Biasalah, mana kelas pakai balik yang tahun lepas. HAHAHA! dan yang lama telah dieksploitasikan menjadi sebegini rupa.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Sunday, September 11, 2011
Seni Ukiran Dari Daun
Seni ukiran menggunakan daun adalah satu fenomana baru dalam seni halus moden di mana para pencinta seni dan pakar-pakar pastinya mencari sesuatu untuk meluahkan hasil karya yang tulus dari hati dan cintanya kepada seni. Seni rekaan yang diinspirasikan dari indahnya keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan, ia telah mencetuskan ilham rasa sayang insan manusia kepada alam sekitar.
Untuk menghasilkan ukiran daun ini adalah amat susah. Bermula dengan memilih daun yang sesuai. Ia juga mengambil sehingga 60 prosedur untuk menghasilkan seni ini dan mengambil sehingga 3-4 bulan untuk memastikan ianya siap dengan diterapkan unsur semulajadi.
Klik Di Sini Untuk Laporan Penuh
Bandar Miniatur
Korang ingat tak masa korang kecil-kacil dulu, mesti korang suka main permainan miniatur ni kan? Lebih-lebih lagi kalau permainan lego tu. Ada yang bercita-cita nak jadi arkitek la.. jurutera la.. kan2? tapi sekarang? Masa telah merubah cita-cita seseorang. HAHAHA ! Tapi takpe aku percaya cita-cita korang sekarang ini lebih relevan dan sesuatu yg korang minat. Insyaallah. Okay. jom kita ushar miniatur yang menarik ini.
Klik Sini Untuk Laporan Penuh
Subscribe to:
Posts (Atom)























