Wednesday, September 7, 2011

9 Ways Guys pee

Cuba bayangkan kalau korang pergi kedai mamak lepas tu secara tiba-tiba korang rasa macam nak terkucil. Ah sudah! apa lagi mencanak-canak lah pergi cari tandas kan. Tapi apakan daya jikalau tandas kat tempat itu sangat kotor dan menjijikkan. Bukan aku nak kata apa lah, rata-rata tandas yang dibuka kepada orang awam tak kira lah di restoran ke, stesen minyak ke, tandas awam ke. kebanyakkannya memang kotor dan busuk. Kadang-kadang mereka ini tak sedar, ke tiada kesedaran sivik? Entahlah aku pun tak tahu, bayangkan tiba-tiba korang tangah darurat tanpa diduga tandas yg korang nk pergi "berperang" tu masih ada "bom" yang tertinggal. tengik weyh !!

p/s: maaf lah kalau anda baca entry ini ketika makan ataupun sebelum makan. HAHA!



Tuesday, September 6, 2011

Ilustrasi Yang Menarik


Dari apa yang korang tengok kat gambar bawah ini. Apa yang tersiratnya? Bagus kan? :-)



Beg Yang Kreatif


Di Malaysia, kerajaan telah mengisytiharkan hari tanpa beg plastik pada hari sabtu, pihak kerajaan menyarankan supaya rakyat jelata membawa plastik sendiri dari rumah ataupun bakul ataupun beg kertas bagi membeli barangan dapur atau pun membeli-belah. Saranan kerajaan itu mendapat sambutan oleh peruncit ataupun pekedai. Ini kerana mereka juga dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Jikalau sebelum ini plastik diberi percuma bersama barangan yang dibeli, kini jika pada hari sabtu pelanggan memerlukan plastik mereka harus membayar RM0.20 untuk sekeping plastik. keuntunganuntung pasaraya besar. eheemm... 

Okay, ini aku nak share dengan korang rekaan-rekaan plastik yang menari untuk tatapan anda. jikalau rekaan plastik di Malaysia menarik macam ini mungkin aku juga akan menjadi seorang pengumpul beg plastik. (makin semaklah rumah aku)\






Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Monday, September 5, 2011

Cara Untuk Putus Hubungan Dengan Awek Korang


Ada antara korang yang dapat awek yang sangat kuat cemburu? Ada jantan lain? ataupun korang sebenarnya main-main je dengan awek korang ni? Ke, korang sendiri sebagai lelaki adalah jenis lelaki yang buaya darat atau playboy? Hahaha! lantak korang lah apa pun ni aku nak bagi tips sikit macam mana nak putus hubungan dengan berkesan. Ada Lima Cara Semuanya.




Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Rekaan Dari Coklat


Alright. Ada sesiapa kat sini yang suka makan Chocolate? Coklat? well, dari buah koko yang pahit, ia menjadi sebuah makanan yang amat digemari di serata dunia. Sehinggakan perusahaan industi pembuatan koko dan coklat sentiasa ada permintaan. Contohnya jika di Malaysia, pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia terutamanya yang dari China, Indonesia, Vietnam dan rantau Asia Tenggara, mereka pasti akan singgah di Chocolate butique kerana Malaysia adalah antara pengeluar koko yang terbaik di dunia. Jadi tidak hairanlah coklat mendapat permintaan tinggi bagi penggemarnya. Tapi aku tak suka sangat coklat. Coklat juga  mempunyai pelbagai kebaikkan namun jika diambil secara berlebihan buruk padahnya. Mari kita tengok rekaan-rekaan coklat di bawah. 




Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Peniru Jenama Kereta

Di negara China memang popular dengan industri perkilangan mereka. Rata-rata jenama popular dunia untuk barangan pakaian, kasut, alat gajet seperti telefon bimbit dan laptop mempunyai kilang di China. Kenapa mereka memilih China? Ohya, sebab negara China mempunyai populasi penduduk yang sangat tinggi dan gaji untuk pekerja-pekerja di sana pun memang murah. Apabila mereka menjadi tumpuan utama untuk mengeluarkan sesuatu produk yang original, pasti ada yang akan dicetak-rompakan atau nama lainnya ASPAL (Asli Tapi Palsu) dari kasut, baju, hinggalah ke peralatan gajet elektronik. PERGh ! dasyat kan China ni. Jom tengok kereta pulak yg telah di"ASPAL"kan



Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Pintu Tersembunyi

Pada zaman sekarang ini memang rumah semakin mahal, lebih-lebih lagi kalau kat ibu kota. Kalau setakat apartment sempit kecik 3 bilik kurang-kurang pun cecah RM130k baru boleh selesa. Itu baru 3 bilik untuk tidur. Kalau dah kena pula barang-barang kat rumah tu banyak macam mana? nak simpan mana? memang sempit lah rumah kan. Rumah aku pun kecil (sorrylah, tak mampu nak duduk banglo macam korang. hahaha) Jadi dengan adanya situasi macam ni muncullah segelintir manusia-manusia yang kreatif di mana menggunakan segala ruang yang ada untuk memastikan segenap penjuru dimanfaatkan sebaik-baiknya. Seperti gambar-gambar di bawah ini. Style kan? 



Klik Sini Untuk Laporan Penuh

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...