Monday, September 5, 2011

Pearl Export Series

Okay2. Sebenarnya memang dari dulu lagi aku nak beli drumset. Cuma, faham-fahamlah kan. Aku ni kalau nak beli barang berkira sikit. Tengok dulu sama ada keperluan ataupun kemahuan. So, Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit.

p/s : Okay bilik ni bersepah. so, usah dipedulikan. 


Thanks to Adib sbb tolong aku. 

OK Infographic : All About The Junk Mail


Saturday, September 3, 2011

Charlotte Mann Wallpaper Yang Awesome!

Ini ada aku kepilkan bersama-sama dengan beberapa design lukisan di dinding yang sangat COOL + AWESOME! dan aku rasa aku macam nak buat dinding macam ini. Tapi apakan daya bakat aku ni dah memang terpendam yang pastinya takkan terserlah. Oh F* aku memang tak pandai melukis. Jadi aku kena la upah pelukis untuk draw bilik aku nanti. Apa? Mahal? ada aku kisah? hahaha!

Seorang artis dari british iaitu Charlotte Mann amat terkenal dengan lukisan wallpaper nya yang hebat! Beliau hanya menggunakan sebatang pen market dengan background yang putih. Oh, bak kata pepatah, bagaikan mencorakkan kehidupan di atas helaian kain putih. pergh! sial jiwang aku seyh!

Pada tahun 2009 beliau pernah disenarai-pendekkan untuk British Surface Design Awards. Malah, ketika tahun 2008 beliau juga telah mereka-bentuk dinding di School of Life. Selain dari itu, Charlotte Mann ini pernah berkoloberasi bersama pereka fesyen Peter Jensen untuk mereka background untuk persembahan dari Peter Jensen Si kaki Pereka ini.

Well, korang boleh tengok karya Charlotte Mann kat sini.




Klik sini untuk laporan penuh

Kucing Yang Boleh Berdiri

Friday, September 2, 2011

Kucing Yang Sangat Comel !!

Lawatan Ke Chin Swee Temple

Okay korang semua, ini aku nak cerita sikit kat korang tentang Chin Swee Temple yang terletak di Genting Highland. Di mana tokong ini terletak tidak jauh dari puncak genting highland itu sendiri. Al-kisahnya, pada hari raya yang ke-3 hari itu aku sebenarnya kerja. Oh, aku kerja apa? aku kerja biasa-biasa aje, sebagai pemandu pelancong. Aku dah buat kerje pemandu pelancong ni nak masuk tiga tahun dah sejak tahun 2009. So, untuk tour kali ini aku bawa rombongan dari Pontianak, Indonesia. Tempat itu dekat dengan Kuching, Sarawak. 

Okay berbalik pada topik entry kali ini, Chin Swee Temple ini sebenarnya adalah tokong taoist. Tokong ini dibina dengan sumbangan seratus peratus dari Genting Berhad. Pada hari jadi the late Tan Sri Lim Goh Tong yang ke 90, beliau telah menyumbangkan sebanyak RM10 Juta kepada tokong ini. 

Dan antara fakta-fakta lain, gua di tokong inilah yang menjadi tempat perlindungan ketika beliau sedang meneroka kawasan genting ini. Oleh kerana tempat inilah yang menjadi  tempat perlindungan beliau ketika itu, lalu beliau membina tokong ini demi berterima kasih kepada tuhannya atas kesejahteraan ke atas diri beliau. Itu adalah antara serba-sedikit cerita yang aku dapat. 

p/s : di Malaysia agama rasmi adalah agama islam, tetapi agama dan bangsa lain masih boleh menganuti agama dan budaya masing-masing. Respect each others k. TQ




Klik sini untuk laporan penuh

Thursday, September 1, 2011

Blogger New Interface

Okay sekarang ni google dah memperkenalkan interface baru untuk blogger. Well, aku dapat info ni pun dari Amanz.my , so aku pun try la. bagi aku memang agak menarik lah interface yang baru ni. Tapi biasa lah mula-mula memang la rasa janggal sikit kan. Biasa lah tu, Jadi kat bawah ni ade serba sikit screen capture aku punya blogger akaun. apa? follower aku sikit? ah. lantak lah. suka hati aku la. biarlah korang punya blog lagi ramai follower apa aku kisah. hahha! lagipun blog yang aku baru buat balik. 

Ni interface blogger yang lama, jadi kalau nak tukar tengok kat atas tu aku dah bulatkan merah


Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...